Insan & Komuniti 01 Jun, 2020

Tolonglah bantu Nuraqilah! Suami koma kemalangan jalan raya!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

TIDAK ada siapa antara kita yang mahukan hidupnya diselubungi suasana derita dan keperitan, Kalau boleh biarlah sentiasa gembira lagi ceria sepanjang masa, sekalipun tidak memiliki harta yang banyak melimpah ruah. Bagaimanapun dalam hidup, memang sudah ditakdirkan ada orang yang susah dan ada pula yang senang. : KitaReporters

Mohamad Norezwa terlantar koma di rumahnya di Kampung Kancong Tengah, Banting, Selangor setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa balik daripada bekerja pada Februari 2020. - Kredit foto-foto: FB Komuniti Kuala Langat.


jelasnya yang susah dan yang senang bagaikan 'pasangan' yang tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu. Juga ia menjadi lumrah dalam hidup bantu membantu, tolong menolong ini. 

Bagi seorang ibu muda menghadapi masalah sebegini bagaikan suatu keperitan dan derita yang membebankan lebih-lebih lagi tidak mempunyai kerjaya yang menjadi punca sumber pendapatan dalam menyara hidup harian keluarga 

Ditambah pula tanggungan dua orang anak yang masih kecil yang tidak mengenal erti apa-apa.

Cuma yang mereka tahu semua mesti ada terutama apabila lapar dan dahaga tidak kira sudah tersedia atau sebaliknya. Yang mereka tahu apa sahaja yang ditagih mesti dapat. 

Beban derita ini terpaksa dipikul oleh Nuraqilah Roslan, 26, dari Kampung Kancong Tengah, Banting, Kuala Langat, Selangor yang berlarutan sejak empat bulan lalu setelah suami kesayangan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya hingga mengakibatkan dia koma, pada Februari 2020.

Nuraqilah Roslan hanya mampu melihat dengan keadaan sayu suaminya yang terlantar koma akibat terlibat kemalangan jalan raya


Disebabkan suami yang menjadi tunggak harapan dan punca sumber kewangan keluarga kini koma serta terlantar tanpa mampu bergerak dan bangun selepas kejadian itu menyebabkan beliau bercelaru memikirkan apakah cara sesuai untuk mencari sumber kewangan sebagai punca pendapatan perbelanjaan harian keluarga.

Masalah kesempitan hidup keluarga malang ini dipaparkan dalam hantaran media sosial Komuniti Kuala Langat, Selangor pada Sabtu, 30 Mei 2020 turut disertakan dengan gambar sayu dan sedih di mana menunjukkan Noraqilah dilihat hanya mampu merenung keadaan suaminya yang terlantar koma di rumah mereka tanpa boleh bergerak dan membuka mata.

Sejak peristima malang pada tarikh 14 Februari 2020 berlakunya satu kemalangan jalan raya di Kampung Kancong Darat yang melibatkan suami Nuraqilah semasa perjalanan pulang dari bekerja telah menjadikan beliau dan keluarga dalam keadaan kesempitan hidup tanpa ada sumber kewangan sebagai punca pendapatan bagi perbelanjaan harian.

Nuraqilah bersama dua orang anaknya sambil memangku anak bungsunya, Muhammad Fadly Fayyad yang baru berusia 1 bulan 5 hari.


Sehingga kini suaminya Mohamad Norezwa, 32, koma tidak sedar diri dan jika hendak makan minum serta urusan buang air kecil atau besar terpaksa dibantu.

Dengan keadaan yang terpaksa dialami sekarang Nuraqilah suri rumah sepenuh masa terpaksa memohon ihsan  bantuan orang ramai khususnya bagi tujuan biaya beli lampin pakai buang dan susu kegunaan suaminya

" Saya sangat berharap ada insan berhati mulia yang sudi membantu meringankan beban kami sekeluarga terutama bagi membeli susu dan lampin pakai buang kegunaan suami," ujarnya.

Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nuraqilah melalui talian 011 51672884 atau menyalurkan terus bantuan ke akauan bank RHB nombor 16203600023307 miliknya.

Juga boleh terus ke kediaman beliau di Batu 24 Jalan Setia Jaya, Kampung Kancong Tengah, Banting, Kuala Langat.

Juga selain itu, maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Ketua Kampung Kancong Tengah, Tok Soboharto melalui talian 013 2594811. - KitaReporters

   

Nuraqilah Roslan memerlukan bantuan ihsan orang ramai untuk membiayai bahan keperluan khususnya susu dan lampin pakai buang suaminya yang kini terlantar koma. 


Gambar kiri Nuraqilah Roslan memerhati keadaan suaminya, Mohamad Norezwa yang terlantar koma rumah mereka di Banting Kuala Langat Selangor akibat terlibat kemalangan jalan raya dan (gambar kanan) Nuraqilah Roslan. - Kredit foto: Komuniti Kuala Langat.

0
0
6
0
0
You will be interested