Kisah Insan 05 Jun, 2020

Dibadai ribut kencang! 30 rumah rosak perlu bantuan dibaiki

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

“SAYA terdengar bunyi letupan kuat ingatkan kapal terbang jatuh, bila toleh keluar rupa-rupanya pokok tumbang bergelimpangan di atas jalan raya,” kata Rahim Harun, 60, dari Kampung Darau, Hulu Besut di Terengganu. : KItaReporters

Ribut melanda empat kampung di Hulu Besut menyebabkan lalu lintas tergendala


Katanya, rumahnya bernasib baik kerana terselamat dari dihempap pokok besar ketika angin kencang membadai kawasan itu petang Khamis, 4 Jun 2020 dan menyebabkan penduduk menjadi panik.

Sebuah rumah tercabut atap diterbangkan angin kencang di Kampung Darau,Hulu Besut


Bagaimanapun,  Rahim bersyukur kerana kejadian ribut kencang yang turut melanda beberapa kampung lagi di kawasan itu tidak mengorbankan nyawa penduduk

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Khamis 4 Jun 2020 itu sebanyak 30 rumah penduduk dari empat kampung di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengalami kerosakan teruk selepas dibadai ribut.

Hanya tinggal kerangka selepas atap diterbangkan angin kencang


Kampung terbabit ialah Kampung Darau, Lepang Kejor, Padang Baloh dan Kampung Awek.

Kejadian itu juga menyebabkan kenderaan yang menghala dari Jertih ke Hulu Besut, terkandas beberapa jam akibat pokok durian tumbang merintangi jalan utama ke bandar Jertih

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad (dua dari kanan) berbincang bersama penduduk


Bagaimanpun, semangat kerjasama penduduk patut dihargai kerana mereka bergotong royong memotong pokok yang tumbang selain membantu mengawal lalu lintas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad yang turut melawat ke lokasi kejadian terkejut dengan kejadian itu kerana banyak rumah mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.

Katanya, ada rumah yang tercabut atap, bumbung dan rosak di bahagian dinding akibat diterbangkan angin dan ditimpa pokok.

Kerja-kerja pembersihan pokok dilakukan penduduk kampung bagi melicinkan pergerakan lalu lintas


Beliau berkata, penduduk yang dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), polis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertukus lumus membersih pokok yang tumbang di atas jalan raya bagi melicinkan perjalanan kenderaan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mangsa ribut di Kampung Darau, Hulu Besut pada 4 Mei 2020


Nawi berkata, pihaknya akan berusaha untuk membantu mangsa-mangsa yang terbabit dengan kejadian itu kerana sebahagian besar penduduk kini terjejas dengan kejadian yang menimpa itu. rib

13
1
4
3
0
You will be interested

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung

Video| Nekad jalan kaki ke Mekah! Ambil masa hampir 11 bulan, sejauh 6,500km, melalui 11 negara!

Dengan ambil masa hampir 11 bulan, Adam Muhammad dari England akhirnya tiba di Mekah, Arab Saudi pada 28 Jun 2022 lalu dengan berjalan kaki merentasi 11 negara
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

Bayi perempuan usia 3 bulan meninggal akibat digigit ibu kandung di Desa Rasabou, Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Wanita itu dipercayai alami gangguan mental
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 2 days ago

Tolong kami! Bantu Bob Lokman! Rayu bantu biayai rawatan! Andai pergi dahulu, nanti maafkannya!

Saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut. Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 3 days ago