Insan & Komuniti 11 Sep, 2020

Pengantin perempuan meraung! Bagai dirasuk masa salam restu!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

HARI bahagia adalah detik manis yang akan diingati semua kerana bukan saja meraikan kedua-dua pengantin juga tetapi juga dapat berkumpul bersama sanak saudara yang dekat mahupun jauh. Namun baru-baru tular kisah pengantin yang meraung seperti dirasuk pada hari bahagianya semasa memohon restu daripada kedua-dua ibu bapanya. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Bunyi macam pelik kan tapi itu yang berlaku kepada pasangan dari negara jiran, Indonesia yang bertukar menjadi sayu ketika bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa pengantin perempuan.

Menerusi perkongsian dalam akaun Facebook Lulu Al-Haddar kelihatan pengantin berdua duduk di bawah pelamin sambil menghadap kedua-dua ibu bapanya untuk sesi Salam Restu.

Sepanjang itu, pengantin perempuan yang membaca teks teresak-esak menangis. Mulanya tangisan itu hanyalah perlahan sebelum menjadi semakin kuat, sekali gus membuatkan ramai tetamu yang terkejut.


Alamak! dah macam kena rasuk pulak dia nangis.

Alahaiā€¦pakai cantik-cantik menangis la pulak.

Namun lucunya, tangisan pengantin perempuan itu semakin jelas memandang dia menggunakan mikrofon sepanjang membaca teks berkenaan. Malah turut kelihatan bapanya mengesat air mata puterinya yang berjujuran laju.


Pada masa sama, suaminya yang berada di sisi turut memeluk sebagai tanda pujuk. Malah bapanya juga memberi isyarat supaya teks yang dibacakan pengantin perempuan ditarik bagi mengelakkan keadaan berterusan.

Lucunya pengantin tetap berkeras untuk menghabiskan bacaan teks dalam sesi Salam Restu berkenaan.

Salam Restu pengantin merupakan amalan dalam majlis persandingan tradisonal Melayu. Menjadi kebiasaan sesi itu melibatkan ahli keluarga pengantin yang terdekat sahaja untuk kelangsungan majlis yang mana sering diberikan penghormatan kepada ayahanda, bonda atau datuk serta nenek pasangan mempelai.

Semoga pengantin baru itu selamat melayari kehidupan berumah tangga dan bahagia selamanya.

Selamat Pengantin Baru daripada kami. - KitaReporters

2
4
0
1
0
You will be interested