Insan & Komuniti 24 Sep, 2020

Gagal di universiti! Tapi berkat doa ibu, kini jadi doktor!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

IBU mana mahu melihat anaknya hidup dalam kesusahan, apa juga halangan pasti akan ditempuhi demi kesenangan si anak. Sebutlah apa sahaja pasti si ibu sanggup bersusah payah demi si anak, andai bulan dan bintang boleh dicapai itu juga pasti akan digapai demi si anak.  Itulah pengorbanan si ibu kepada anak, segala-galanya untuk anak. : KitaReporters


BERKAT doa ibu dia kini mampu menabur bakti kepada masyarakat. Foto kredit Facebook Ahmad Samhan.


Lagi cerita-cerita berkaitan ibu:

https://kitareporters.com/tag/ibu


Mungkin itu gambaran yang tepat mengenai kisah kejayaan doktor muda, Dr. Ahmad Samhan Awang dengan perjalanan hidupnya suatu masa dahulu.

Doktor kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu kini menjadi tular dengan perkongsian menarik dalam dunia perubatan sejak kebelakangan ini berkongsi perjalanan diri sebelum bergelar seorang doktor.

Menerusi Facebook miliknya, siswazah perubatan dari Mesir itu berkongsi dia pernah melalui detik hitam 10 tahun lalu selepas ditendang keluar dari universiti.

RAWATAN ke rumah pesakit berikutan kekangan pesakit yang uzur dan menyukarkan ke klinik.


Lebih menyedihkan rayuan untuk menyambung pengajian tidak diterima dan membuatkan dirinya berputus asa. Ketika itu kongsinya, harapannya untuk menjadi doktor musnah, cita-cita untuk menjadi doktor juga turut lenyap.

"10 tahun lepas tak terbayang akan dapat bantu pesakit seperti sekarang. Tiada dalam akal dan langsung tak pernah pula terlintas dalam fikiran untuk jadi seorang doktor. Setelah ditendang dari universiti, putus sudah sebuah harapan untuk jadi doktor. Hilang minat. Lenyap cita-cita. Sungguh!
"Pensyarah-pensyarah pun tak mampu untuk menolong. Rayuan tak lagi diterima. Keputusan universiti adalah muktamad. Makin kelam. Gelap. Langsung dah tak nampak masa depan.," kongsinya menerusi Facebook baru-baru ini. 

Namun kesungguhan dan semangat yang diberikan oleh ibunya yang mahukan dia menjadi seorang doktor membuatkan dia bangkit semula dan nekad meneruskan perjalanan demi merealisasikan impiannya.

IBU  yang banyak memberi semangat dan dorongan dalam perjalanan kerjaya Dr. Samhan.


Namun siapa sangka semangat yang diberikan oleh ibunya suatu masa dulu membuatkan dia terus bangkit sebelum akhirnya berjaya bergelar doktor yang mampu berkhidmat kepada masyarakat.

Menerusi postingnya, Ahmad Samhan memberitahu, ibunya tahu kebolehan anak yang dikandung 9 bulan 10 hari tu. Dia  terus  mencari jalan dan tekad untuk anaknya menjadi doktor.

“Tapi di fikiran Ma pula adalah sebaliknya. Ma nampak dengan jelas anaknya ini akan jadi seorang doktor. Seorang yang berbakti pada masyarakat. 

"Dia cari juga jalan apa cara sekalipun. Bulat dan tekad sebuah harapan untuk anaknya jadi doktor tercapai. Itulah ibu. Bermimpi yang tak pernah kaput.

Pekakkan telinga. Butakan mata. Pedulikan segala halangan yang datang. Dia mahukan yang terbaik buat anak,” kongsinya .

TERUS semanagat menabur bakti kepada masyarakat.


Ibu mana mahu anak yang dikandung berada dalam kesukaran, demi anak apa sahaja sanggup dilakukan.

Kongsi Ahmad Samban lagi, kejayaan yang dilalui hari ini bukanlah sebab usaha keras semata-mata tapi harapan seorang ibu yang berani untuk bermimpi.

"Akhirnya saya di sini. Semua pun bukan sebab usaha saya kerana ia bermula dari segunung harapan yang bergelar ibu. Dia berani untuk bermimpi dan berani untuk mewujudkan.
"Ibu saya mempunyai kemahuan, imaginasi, impian dan kemahuan. Dia mahu melihat anaknya jadi doktor.
Terima kasih Ma. ❤️,"kongsinya lagi.

Malah berkat doa wanita pertama dalam hidupnya dia kini bersyukur kerana dapat menabur bakti kepada masyarakat setempat.

PERNAH melalui saat getir sebelum bergelar seorang doktor perubatan.


Beliau kini yang menetap di Kuala Terengganu dan bertugas di sebuah pusat perubatan di bandar itu memberitahu, sepanjang tempoh pengajian di bumi Firaun, banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi, namun bila mengenangkan ibunya membuat dia terus bersemanagat merealisasikan impian.

Semuanya kerana doa dan semangat ibunya.

Itulah ibu... semangatnya mengatasi segala-galanya dan doa seorang ibu semestinya termakbul. Ibu kaulah ratu hatiku… semoga ibu Dr Ahmad Samhan sentiasa dalam lindungan yang Esa. : KitaReporters

 

 

4
5
0
0
0
You will be interested