KIRA-KIRA lima bulan lalu, pelakon dan model, Dayana Roza (Nur Dayana Kamsun Bahari), 29, menyatakan bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati. Kemudian berita mengenai percintaan Roza itu terhenti di tengah-tengah ekoran merebaknya virus wabak Covid-19 dan hampir tiada drama lakonan Dayana ditayang di kaca TV. : KitaReporters
Dayana dan Adale bertunang petang, Rabu, 5 Ogos 2020. - Kredit foto: IG @dayanaroza
Lagi cerita-cerita berkaitan hiburan:
https://kitareporters.com/tag/hiburan
Tiba-tiba nama Dayana kembali menjadi perhatian media apabila petang tadi, Rabu, 5 Ogos 2020 dia bertunang dengan kekasihnya, Adale Adham Ayahudin, 33, seorang ahli perniagaan. Majlis pertunangan secara tertutup itu berlangsung di Damai Glass House, Kuala Lumpur.
Pertunangan berlangsung kira-kira empat bulan apabila hari pernikahan dijadual pada pertengahan Disember 2020 ini.
Petikan sebuah media Internet mengenai pertunangan Dayana dan Adele yang dimuat naik dalam Instagram Adaleadham
Dayana dan Adale berkenalan sejak enam tahun lalu dan Adale pernah melamar Dayana empat tahun lalu, namun ketika itu Dayana menolak. Namun hubungan persahabatan terus berjalanan dan akhirnya hati Dayana luluh dan menerima lamaran Adale pada hujung 2019.
Pada majlis pertunangan itu, Dayana memberi lima dulang hantaran dan dibalas tiga oleh Adale.
Dayana dan Adale ketika bercinta. - Kredit foto: IG @dayanaroza
Kerjaya seni Dayana bermula apabila dia mula menyertai program mencari pelakon ‘Anak Wayang’ di stesen Astro Ria dan Astro Prima pada tahun 2009 dan mendapat tempat ke-3. Dia mula dikenali menerusi drama ‘Asam Pedas Untuk Dia’ di TV3 pada 2015.
Sudah puluhan drama TV dilakon dan filem sebanyak 9 buah bermula dengan ‘Hello’ (2015) arahan A.R Badul dan terakhir ‘Rem-Pit 2’ (2020) arahan Datuk Farid Kamil. - KitaReporters
Tags: