Insan & Komuniti 29 Apr, 2020

Kerja masa PKP! Pos Malaysia tawar komisyen sehingga RM6,000

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Sedia maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai yang hilang punca pendapatanAda yang diberhentikan kerja, ada yang bercuti tanpa gaji, ada yang tidak dapat berniaga dan sebagainya. : KitaReporters

Sekiranya berminat, anda boleh daftar sekarang.


Walaupun, kerajaan sedaya upaya membantu dengan pelbagai bantuan, tetapi ia tidak mencukupi untuk sesetengah orang terutama yang mempunyai keluarga besar.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia, Pos Malaysia Berhad menawarkan komisen sehingga RM6,000 kepada individu yang berminat untuk menjadi ‘pos rider’ mereka.

Syarikat tersebut berkongsi berita gembira itu dalam laman rasmi Facebook mereka. 

Namun peluang itu terbuka untuk warganegara yang memiliki van, lesen memandu penuh GDL dan telefon pintar Android 5.0 ke atas.

“Peluang jana pendapatan tambahan sewaktu #PKP ini? Jom sertai #PosRider yang kini beroperasi di seluruh Malaysia!” tulis kenyataan tersebut.

Tawaran tersebut mendapat respons segera orang ramai dan mula mengajukan pelbagai soalan berkaitan kelayakan kenderaan yang boleh digunakan.


Orang ramai kelihatan berminat untuk merebut peluang keemasan ini.

Bagi yang berminat, daftar sekarang di https://bit.ly/32We8j8

Semoga dengan keprihatinan Pos Malaysia Berhad dapat meringankan beban pihak yang terjejas. Kita jaga kita! - KitaReporters

0
5
0
0
0
You will be interested