Kisah Insan 14 Mar, 2021

Muhammad Azlan: Ikon usahawan! Ikon kebajikan! Dari pengutip sampah kini bergelar jutawan muda

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Muhammad Azlan Abdullah @ Ali (baju hijau) ketika merasmikan Pejabat Baharu FGR Resources Sdn Bhd di Pasir Tumbuh, Kelantan pada 7 Mac 2021.


RAMAI insan yang bernama manusia ingin menjadi kaya malah bergelar jutawan, tetapi ia tidak semudah memasang cita-cita dan impian kerana untuk mencapai kejayaan perlulah melalui liku-liku hidup yang mencabar selain tabah dan bertakwa kepada Allah. 

Malah ada juga manusia menjadikan asas kemiskinan hidup sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, ia perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti kepada orang lain.

Begitulah prinsip hidup  ikon jutawan muda, Muhammad Azlan Abdullah @ Ali, 34, dari Kampung Tok Raja, dekat Jertih, Terengganu, yang kini menjadi perhatian masyarakat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Muhammad Azlan

https://kitareporters.com/search?search=muhammad+azlan


Muhammad Azlan (kanan) ketika memberi taklimat berkenaan sumbangan beliau kepada pelajar miskin seluruh Terengganu di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu


Muhammad Azlan berkata, antara pengalaman paling berharaga yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, dekat Jertih, pada 2005.

 “Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh," katanya.


Muhammad Azlan beramah mesra dengan penduduk Kampung Tok Raja, Jertih sebelum membawa penduduk terbang dengan helikopter.


"Dari situ, saya bertekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar," tambahnya.

Muhammad Azlan turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Malah, katanya, sebelum bergelar jutawan beliau pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan halal termasuk mencari herba di hutan, menanam jagung, mengambil upah mengutip sekerap getah, mengangkat baja tahi kambing, pengawal keselamatan dan bekerja dengan sebuah restoran makanan segera.


Muhammad Azlan sering pulang dari Kuala Lumpur ke kampungnya di Besut menggunakan helikopter


Mohamad Azlan pulang ke kampungnya di Besut menggunakan helikopter


Muhammad Azlan amat menghargai jasa emak, Siti Aishah Ismail, 59, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 75 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan.

Dia anak keenam dari 16 adik beradik memilih Nurul Fitriyah Mohd Sabri, 34, sebagai pasangan hidup dan kini mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup bersama.

Sifat cakna komuniti Mohamad Azlan yang sering turun padang menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk setempat, pelajar dan anggota pasukan keselamatan menyebabkan beliau disayangi masyarakat.


Setiap kali pulang ke kampung Muhammad Azlan melepaskan rindu dengan memancing ikan di parit tali air


Terbaharu, usahanya mengajak lebih 4,000 orang kampung sekitar daerah Besut menaiki helikopter secara percuma menyerlahkan lagi kehebatan beliau yang suka bersedekah dan beramal hasil daripada perkongsian kekayaan yang dinikmati sekarang.

Usahanya untuk berkongsi kejayaan tidak terhenti, sebaliknya beliau sudah menerbitkan sebuah buku berjudul “Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ yang kini berada di pasaran tempatan.

Kejayaan Muhammad Azlan juga turut dikongsi oleh pelbagai agensi penyiaran elektronik yang mengundangnya untuk pelbagai program motivasi perniagaan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku sebagai perkongsian untuk memajukan diri dalam perniagaan boleh menghubungi Muhammad Azlan menerusi talian 013-2775006. - KitaReporters

Buku bertajuk Pengutip Sampah Jadi Jutawan untuk dijadikan motivasi kepada usahawan

30
8
3
4
3
You will be interested

Meow, Meow, Meow! Jeritan kucing selamatkan nyawa bayi usia 5 hari! Dibuang di tepi longkang!

Jeritan sekumpulan kucing selamatkan nyawa seorang bayi perempuan usia 5 hari yang dibuang di tepi longkang di Mumbai. Bayi itu berpakaian baju nipis, kesejukan

Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 week ago

Alhamdulillah! Anak-anak Daurah Tahfiz terima jubah, keperluan asas! Tajaan para penderma budiman

Penantian pelajar-pelajar di 2 sekolah tahfiz di Bandar Country Homes untuk dapatkan jubah sebagai pakaian seragam pengajian akhirnya didengari penderma budiman
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat

Seramai 30 pelajar IKBN Pekan sertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan. Kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Samsudin Oli Mohamed in Kisah Insan 2 days ago

Video| Gara-gara cemburu buta, panas baran! Pengantin baharu maut disimbah asid suami sendiri!

Pengantin baharu, Sarah, 21, meninggal akibat disimbah air keras atau asid oleh suaminya, warga Arab Saudi, AL, 29, dalam kejadian yang berlaku di Cianjur, Jawa
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

2 sejoli ditangkap berkhalwat dalam kereta! Denda ikut hukum adat! 1 kerbau, 100 gantang beras!

2 sejoli yang laku perbuatan tak senonoh tanpa pakaian di dalam kereta di Jambi ditangkap berkhalwat. Mereka dihukum dengan denda adat oleh Lembaga Hukum Adat
Adnan Mohamad in Kisah Insan 5 days ago