Insan & Komuniti 12 Mar, 2021

Video| Anak ngadu panas, tak selesa dalam kelas! Bapa keluar beli dan bawa kipas ke sekolah!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


Ibu bapa mana sanggup melihat anaknya dalam kesusahan. Itulah sikap orang tua kita yang sebolehnya mahu memberi keselesaan kepada si anak dalam semua perkara

Kisah sama juga turut berlaku kepada seorang bapa yang tidak sanggup mendengar ketidakselesaan anaknya yang mengadu kepanasan ketika berada di dalam kelas.

Malah si bapa terus bergegas membelikan sebuah kipas dan dihantar ke kelas anak bongsunya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah



Kebaikan hati si ayah (walaupun ayah tiri) yang sanggup mengikut kehendak anak itu menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini.

Perkongsian kisah dua beranak itu mula menjadi tular selepas dimuat naik oleh ibu kandung kanak-kanak berkenaan menerusi aplikasi TikToknya, yang berkongsi  momen indah itu yang menunjukkan suami baharunya mengangkat sebuah kipas untuk dihantar ke kelas anaknya.

Menurut perkongsian ibu kanak-kanak berkenaan yang dikenali RosRamlan, anak bongsunya itu mengadu kepanasan di dalam kelas menyebabkan suaminya pantas bertindak membeli sebuah kipas dan dihantar ke kelas untuk kegunaan anak dan rakan-rakannya sekelas.



Wah untungnya anak-anak hari ini… sebut sahaja terus dapat.

Begitulah sikap ibu bapa semestinya menginginkan yang terbaik untuk anak mereka.

Mungkin tidak mahu anaknya terganggu dan tidak dapat memberi fokus sepanjang berada di dalam kelas, suaminya terus membeli kipas dan dihantar ke kelas anak bongsunya.

Menariknya ketika memuat naik video berkenaan si ibu pula sempat memberi pesanan kepada anaknya agar tidak mengadu tentang suasana dalam kelas pada bapanya lagi.



"Please nak, lepas ni jangan complain lagi mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua,” kongsinya.

Beruntungnya anak-anak hari ini.. Inilah dikatakan kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa.

Ingatlah tak kan ada orang yang sayang kita sepenuh hati seperti ibu dan ayah, kasih sayang mereka sukar dicari ganti.

Dah besar nanti jangan lupa balas jasa mereka pula ye! - KitaReporters


7
3
1
0
0
You will be interested