Insan & Komuniti 28 Jan, 2021

Video| Suparni mohon maaf! Sebab harga turun, pengusaha buang ribuan telur! Teruk kena kecam!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Perbuatan seorang pengusaha membuang ribuan telur menimbulkan kemarahan ramai. - Kredit foto: Video Tribun Timur


BERNIAGA memang perlu mendapat untung. Namun jika hasil jualan tidat dapat dijual pada harga yang memuaskan, apalah salahnya jika melakukan kebajikan dengan menyumbang barangan yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.

Peristiwa yang berlaku di Magetan, Jawa Timur, Indonesia pada 24 Januari 2021 ini diharap jangan dilakukan oleh pengusaha lain termasuk di Malaysia. 

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan telur:

https://kitareporters.com/search?search=telur



Seorang pengusaha telur ayam bernama Suparni atau Pitut kerana marah harga telur di pasaran terus merosot, mengambil keputusan membuang ribuan telur ke kawasan sawah daripada menjualnya.

Baginya lebih baik dirinya terus rugi dengan membuang telur-telur daripada ladang ternak dengan dibantu oleh beberapa pekerja.

Dalam video yang tular terlihat sambil membuang telur daripada sebuah lori pikap,  pengusaha telur ayam berkenaan mengomel sambil melempar ribuan telur dengan bantuan beberapa pekerjanya.



Video itu kemudian tular dalam beberapa laman sosial dan sejumlah media elektronik di Indonesia. 

Pengusaha telor ayam ini cukup kecewa kerana harga makanan ternakan terus naik, sedangkan harga pasaran telur terus merosot. 

Namun video itu mengundang kemarahan orang ramai dan beberapa jam kemudian, Suparni memuatnaikkan video permohonan maaf atas perbuatannya



"Sebenarnya perkara itu saya lakukan kerana rasa kecewa di mana harga makanan ayam terus sedangkan harga telur mengalami penurunan.

"Pada masa hadapan apabila timbul masalah, saya akan berbincang dengan pihak tertentu dan  tidak akan memuat naik video sedemikian. Sekali lagi saya minta maaf,” katanya dalam video yang disiar dalam YouTube Mbah Wo Banyu Lamut. - KitaReporters

6
9
4
3
24
You will be interested