Insan & Komuniti 21 Jan, 2021

Putik sepakat! 10 NGO Cina bantu Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan! Buka pusat kuarantin Covid-19

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

PERTUBUHAN Amal Tzu Chi bersama-sama sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bantuan bagi menjadikan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan sebagai pusat kuarantin dan rawatan Covid-19, mulai 14 Januari 2021 lalu. : KitaReporters


Kakitangan HRPZ11 dan sukarelawan NGO siap memasang katil mudah alih di PUTIK yang menjadi pusat kuarantin Covid-19. - Kredit foto: Ang Wei Chong 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kelantan:

https://kitareporters.com/search?search=Kelantan


Sembilan lagi NGO terbabit ialah Persatuan Hokkien Hoay Kuan Kelantan, Persatuan Lam Ann Kelantan, Persatuan Shing Ann Kelantan, Persatuan Eng Choon Kelantan, Persatuan Chin Kang Kelantan, Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, YMM Negeri Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan Kelantan State Amulet Club.

Kumpulan sukarelawan berkenaan hadir sendiri di PUTIK bersama-sama sumbangan mereka iaitu katil mudah alih, tilam, selimut dan bantal untuk keperluan 140 pesakit

Mereka turut memunggah barangan keperluan itu di samping memasang dan menyusun katil mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.



Sukarelawan NGO mengangkat katil mudah ahli untuk disusun dalam dewan di PUTIK.


Menurut Ketua Pemuda Hokkien Hoay Kuan, Ang Wei Chong, katil jenis mudah alih itu dipinjamkan daripada pihak Tzu Chi, manakala tilam dan bantal adalah sumbangan sembilan NGO terbabit sebagai khidmat sosial dan kerja amal mereka untuk rakyat Kelantan. 

Katanya, mereka terpanggil untuk melakukan kerja amal itu apabila pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) meminta kerjasama Pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merits Malaysia cawangan Kelantan bagi membuka pusat kuarantin berkenaan.

“Pembukaan pusat kuarantin itu amat diperlukan apabila pusat sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat di Kelantan.

“Menerusi kerja amal ini kita berharap dapat terus memupuk semangat perpaduan dan kerjasama tanpa mengira kaum dan fahaman politik demi sejahteraan kesihatan penduduk khusus dalam membanteras wabak yang berbahaya itu,” katanya. - KitaReporters 


Sebahagian sukarelawan mewakili 10 NGO beratur bagi mengangkat katil mudah ahli, selimut dan bantal untuk dibawa ke dalam dewan PUTIK.

18
4
0
0
0
You will be interested