Insan & Komuniti 06 Apr, 2022

Video| Untunglah! Dapat tiga isteri serentak! Kahwin kembar tiga! Enggan berpisah, rela bermadu!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Lowizo bersama ketiga-tiga isterinya yang merupakan pasangan kembar yang dikahwininya serentak. - Kredit foto: Aceh Tribunnews.Com

Seorang lelaki di Republik Demokratik Congo tidak menyangka perkenalannya dengan seorang wanita kembar tiga melalui media sosial membawa tuah dan membuka ruang untuknya berkahwin dengan ketiga-tiga kembar seiras tersebut secara serentak.

Luwizo, 32, mengakui keputusan untuk mengahwini adik-beradik pasangan kembar tiga itu bukan sesuatu yang mudah, namun tidak mampu untuk menolak 'lamaran' mereka atas dasar tanggungjawab selain telah jatuh cinta kepada mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan poligami


Tindakan Lowizo mengahwini serentak pasangan adik-beradik kembar tiga mendapat perhatian media dunia. - Kredit foto: creacorridor.com.


"Walaupun poligami bukan sesuatu yang melanggar undang-undang di Republik Congo, namun keputusan saya untuk mengahwini serentak tiga adik-beradik kembar ini tidak direstui dan ditentang keras oleh kedua-dua ibu bapa saya yang mengambil keputusan tidak menghadiri majlis perkahwinan kami.

"Sehingga ke hari ini ibu bapa saya masih tidak memahami apa yang saya lakukan ini dan berharap mereka akan memahami serta merestui perkahwinan kami satu hari nanti," katanya seperti dilaporkan akhbar Daily Star.


Biarpun perkahwinan serentak dengan tiga pasangan kembar tidak mendapat restu kedua-dua ibu bapa Lowizo, majlis perkahwinan tersebut tetap meriah. - Kredit foto: Sosok.grid id.


Menurutnya, pada awalnya dia telah jatuh cinta dengan Natalie iaitu salah seorang daripada pasangan kembar tersebut dan sering berpelukan setiap kali bertemu dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.

Namun akhirnya saya mula jatuh cinta kepada dua lagi kembar Natalie iaitu Natasha dan Nadege dan dalam masa sama tidak mampu menolak kecantikan mereka bertiga apatah lagi mereka juga turut mencintainya.


Lowizo bersama ketiga-tiga orang isterinya tinggal serumah dan mereka bahagia dengan situasi tersebut. - Kredit foto: Herald id


Sementara itu, menurut Natasha, salah seorang daripada pasangan kembar Natalie dan Nadege itu, Luwizo terkejut apabila diminta mengahwini ketiga-tiga mereka selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Natalie.

“Namun, disebabkan dia telah jatuh cinta kepada kami bertiga, tiada yang mampu menghalang perkahwinan ini kerana kami juga mencintainya.

"Kami tidak mempunyai masalah untuk berkongsi suami kerana kami adik beradik sudah terbiasa untuk berkongsi dalam banyak perkara sejak kecil lagi," kata Natalie. - KitaReporters


Pasangan kembar tiga beradik yang dikenali sebagai Natalie, Natasha dan Nadege rela berkongsi suami kerana enggan berpisah. - Kredit foto: Manado Tribunnews.com.

22
16
0
9
0
You will be interested