Kisah Insan 12 Jun, 2021

Tolong kami! Bantu Mohamad Yahya baiki rumah usang, rosak! Dapat perhatian ADUN Kuala Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Ruang tidur rumah usang yang didiami Mohamad


TIADA sesiapa menduga sebuah rumah usang yang hampir menyembah bumi di Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu, sebenarnya mempunyai penghuni yang sudah lama menjadikan tempat itu untuk berteduh malah sebagai kediaman sejak beberapa tahun lalu. 

Seorang lelaki dikenali sebagai Mohamad Yahya, 57, anak jati perkampungan nelayan Kuala Besut, dikatakan penghuni tetap rumah usang tersebut dan tinggal sebatang kara sejak lima tahun lalu.

Mohamad memilih untuk tinggal di rumah peninggalan orang tuanya itu walaupun terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan lagi daif...  basah bila hujan, dan dalam keadaan kegelapan kerana tiada bekalan elektrik dan air.


Lagi cerita-cerita prihatin berkaitan Tolong Kami

Beginilah keadaan sebuah rumah usang di Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut yang menjadi kediaman Mohamad Yahya.  - Kredit foto: Facebook Johar Ismail


Kisah kesusahan hidup lelaki terbabit mula menjadi perbuatan dan perhatian masyarakat setempat selepas ia ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Johar Ismail yang berpeluang berkunjung  ke rumah usang lelaki berkenaan pada Khamis 10 Jun 2021.

“Di sinilah dia berhujan dan berteduh sekadar yang ada. Bergelap, tiada elektrik dan kemudahan air. 

"Ambo tidak nak menyalahkan mana-mana pemimpin masyarakat dengan keadaannya begini kerana ambo boleh agak apa jawapan mereka... terlepas pandang.” begitulah tulis Johar.


Mohamad tinggal sebatang kara di rumah usang peninggalan orang tuanya di Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut


Kata Johar, Mohamad telah mendiami rumah itu sekitar 4 hingga 5 tahun dan menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM200 sebulan.

"Di kesempatan ini, ambo merayu bagi pihaknya (Mohamad) untuk mencari solusi segera bagi mengatasi kedaifan tempat tinggal dan kelengkapan tidur untuknya dengan cara menempatkannya sementara ke rumah atau bilik sewaan.

“Marilah kita pakat-pakat biayai rumah sewa untuknya semetara boleh dibina rumah/bilik untuknya. Ambo boleh dihubungi untuk tujuan membantunya,” ujar Johor mengakhiri catatannya.


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman


Bertindak atas maklumat tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bergegas mencari lokasi tempat tinggal Mohamad untuk membantu menyelesaikan isu yang disuarakan oleh pemilik akaun Facebook berkenaan.

Tengku Zaihan berkata, beliau mengambil maklum apa yang dipaparkan oleh Johar menerusi media sosial itu ialah untuk membantu lelaki kurang bernasib baik tersebut.


Tengku Zaihan (tengah) ketika berkunjung ke rumah Mohamad di Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut


Katanya, ketika berkunjung ke rumah Mohamad, beliau sendiri terkejut melihat keadaan rumah yang hampir roboh dan memang benar apa yang dipaparkan oleh Johar menerusi catatan dalam Facebook miliknya.

Tengku Zaihan berkata, kedudukan rumah Mohamad agak tersorok dan memang tidak ramai yang mengetahui masalah kehidupan harian lelaki berkenaan.


Tengku Zaihan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohamad.


Beliau berkata, dia mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu dan sudah mendapatkan sebuah bilik untuk dijadikan penginapan sementara Mohamad.

Katanya, sebelum ini, beliau dimaklumkan rumah tersebut dalam keadaan baik, tetapi mengalami kerosakan selepas beberapa kali ditimpa pokok kelapa.

“Proses berikutnya, saya akan berbincang dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk mendapatkan sebuah rumah kekal,” kata Tengku Zaihan. - KitaReporters 


Tengku Zaihan turun padang melihat sendiri rumah Mohamad selepas mendapat makluman dari pemilik akaun facebook

 

 

 

 

3
2
1
2
1
You will be interested

Tolong kami! Bantu Afghanistan! GPM, MVM seru hulur lebih banyak bantuan! Musim sejuk nak tiba!

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terpanggil bantu ringan beban dan berjaya agih 60 tan makanan asas kepada 5,000 orang.

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

BERNAS agih 3,000 pek barangan keperluan! Kepada golongan terkesan dan petugas barisan hadapan!

BERNAS tampil bantu komuniti terkesan, anggota barisan hadapan seperti polis dengan sediakan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban ketika COVID-19
Mohammad Ishak in Kisah Insan 1 day ago

Perjuangan Anita Yusop! Lawan penyakit tumor otak! Teruskan kembara prihatin Anita Bikers Club!

Di sebalik usaha berterusannya bantu mereka kurang bernasib baik melalui kembara prihatin Anita Bikers Club, Anita Yusop bergelut melawan penyakit tumor otak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 2 days ago

Jadi negara tua: Biro Warga Emas perlu diwujudkan! Lindungi hak mereka! Demi jamin masa depan!

SEBAGAI persiapan negara menjadi 'negara tua' dalam tempoh kurang 10 tahun ini, perisai penting dalam memelihara kebajikan golongan itu perlu diutamakan.
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Pelajar berfoto bersama ijazah di pusara bapa! Lihat papa! Aku miliki ijazah sama macam papa!

Tular foto Nadhifa Laudza Shabrina junjung ijazah sarjana mudanya di pusara bapa pada Okt 2021 sebagaimana dia junjung ijazah sarjana arwah bapa pada Okt 2009
Adnan Mohamad in Kisah Insan 4 days ago