Insan & Komuniti 16 Jun, 2021

Video| Ditemui berzina! Suami tetak kekasih isteri dengan parang! Suami serah diri! Mangsa maut!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Gambar hiasan... Tergaman melihat isteri berselingkuh lalu menetak pasangan selingkuhnya.


Akibat marah yang membara, seorang lelaki bertindak menetak pasangan selingkuh (zina) isterinya dengan parang dan kemudian menyerah diri kepada polis secara sukarela

Hubungan MN, 28, dan isterinya renggang sejak beberapa bulan lalu. Kedua-duanya masih tinggal serumah tetapi berlainan bilik.

Namun pada awal pagi Khamis, 10 Jun 2021 lalu, MN terjaga apabila dinding bilik sebelahnya yang didiami isterinya terdengar bunyi kuat dan diikuti bunyi hentakan katil.


Gambar hiasan. 


MN bangun menuju ke bilik isterinya. Pintunya berkunci dari dalam. Lalu dengan sekuat tenaga dia menendang pintu itu. 

Alangkah terkejutnya apabila MN mendapati seorang lelaki yang dikenali sebagai TL, 31, sedang menindih tubuh isterinya dengan kedua-duanya tidak berpakaian.

Hilang kesabaran MN lalu menghempas TL ke lantai. Dia lalu mengambil golok yang memang disimpannya dalam bilik itu dan terus menetak kaki kanan TL kemudian menetak bahagian perutnya pula.

Peristiwa terjadi di Desa Taulima, Kecamatan Rote Barat Laut, Kabupaten Rote Ndao, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia.

MN kemudian menuju ke Balai Polis Rote Ndao untuk menyerah diri.



Perkara ini disahkan oleh Ketua Hubungan Masyarakat Balai Polis Rote Ndao, Aiptu Anam Nurcahyo kepada portal Tribun Kupang.

Tambah Anam, MN boleh didakwa membunuh dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama 15 tahun

TL yang cedera parah dikejar ke sebuah hospital namun nyawanya tidak dapat diselamat. - KitaReporters

1
2
2
0
0
You will be interested