Insan & Komuniti 02 Sep, 2020

Anda ibu tunggal? Ada bantuan khas! Ayuh mohonlah sekarang!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SEBAGAI seorang ibu tunggal, jangan berputus asa untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan sekali gus (one off) sebanyak RM300 di bawah Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT), yang terkandung dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan yang dikelola oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada ibu tunggal berkelayakan. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan ibu tunggal:

https://kitareporters.com/search?search=ibu+tunggal


Peluang untuk anda mengemukakan permohonan masih lagi dibuka sehingga Oktober 2020, maka segeralah lakukan. 

Namun masih ramai golongan ibu tunggal yang layak memohon tidak tahu saluran untuk memohon bantuan khas ini dan tidak ketinggalan yang kurang mahir dalam melayari Internet bagi mendapat info mengenainya.

http://bkit.jpw.gov.my/daftar_pemohon


https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en


Rata-rata dari mereka mengatakan bahawa sebarang maklumat yang ada sekarang adalah lebih cenderung kepada golongan ibu tunggal yang celik teknologi, kerana tak semua ibu tunggal orang pandai menggunakannya.

Malah menurut satu mesej yang ditularkan menyebut bahawa kerajaan menyasarkan untuk menerima permohonan sehingga 35,000 ibu tunggal. Tapi sedihnya, hanya kira-kira 3,000 ibu tunggal sahaja yang memohon. Mana lagi perginya ibu-ibu tunggal yang lain.


Menurut MJ, 32, ibu tunggal, yang mungkin kurang pendedahan dengan sistem online, lebih selesa menggunakan borang secara manual.

Saranan saya kepada kerajaan agar pihak kerajaan menggunakan sistem zakat dan Tabung Haji. Mereka menghantar pegawai mereka menyiasat ibu tunggal yang tertinggal dari sistem bantuan terutama yang tinggal di kawasan yang tiada kemudahan Internet.


Bukan itu sahaja, kerjasama ahli jawatankuasa taman perumahan untuk menghebahkan bantuan BKIT adalah sangat digalakkan untuk ibu tunggal di luar sana.  Rata-rata dari mereka pandai menggunakan media sosial.

Tetapi kurangnya pemberitahuan dalam media sosial untuk membantu mereka yang kurang tahu. Sebagai AJK jawatankuasa taman perumahan, anda perlu acap kali membuat pengumuman dalam group WhatsApp untuk membantu ibu tunggal yang memerlukan ini.

Seorang lagi ibu tunggal, Zie, 47, mengatakan bukan ibu tunggal tidak mahu membuat permohonan tetapi rata-rata daripada mereka tidak boleh menghantar sendiri kerana masalah pengangkutan untuk menghantar borang.

Untuk memudahkan kami buat permohonan, cadangan sediakan van/bas bergerak untuk memberi panduan mengisi borang permohonan secara dalam talian, sekali gus membuat semakan dokumen sokongan yang diperlukan bagi melayakkan memohon bantuan khas itu.

Bagi ibu tunggal yang ingin membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT), anda boleh klik link yang disediakan untuk mendapatkan borang bantuan khas ibu tunggal, senarai semak permohonan bantuan khas ibu tunggal dan surat akuan pengesahan pendapatan.

Diharapkan artikel ini dapat membantu sebahagian ibu tunggal yang layak di luar sana. Yang penting, jangan lupa memohon!!! - KitaReporters

8
4
1
1
1
You will be interested