Insan & Komuniti 17 Aug, 2020

Wanita: Barat vs Islam! Kereta pandu uji vs sebutir berlian!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PENDAKWAH bebas yang juga seorang mualaf, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung berkongsi dalam media sosial bagaimana pihak yang tidak berpuas hati dengan Islam mempersendakan hukum Islam terutama berkenaan dengan wanita. Mereka mempersoalkan, kalau benar wanita itu sama di sisi Allah SWT, kenapa mereka perlu berbungkus seluruh tubuh (menutup aurat). : KitaReporters

Ramai orang bukan Islam mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Ustaz Firdaus.


“Kalau wanita adalah sama di sisi Allah, kenapa hanya mereka dibungkus macam sampah nak buang? Itu sama bagimu?

“Untuk lelaki Islam, perempuan hanyalah objek untuk melepaskan nafsu. Jadi, masa nak kongkek (bersetubuh) perlukan mereka. Ajaran gila ‘sex momet’,” tulis pihak berkenaan.


Menjawab persoalan dan tuduhan tidak berasas itu, Ustaz Firdaus menggunakan metafora atau kiasan bagaimana Islam meletakkan taraf seorang wanita. Beliau menggambarkan wanita Islam yang menutup aurat itu seperti sebutir berlian.

“Tidak sama berlian dan kereta test drive (pandu uji). Berlian diletakkan di dalam kaca keselamatan, manakala kereta uji pandu pula boleh dipandu sesiapa jua tanpa sebarang bayaran serta tiada kewajipan membelinya.

“Lebih memburukkan keadaan, setelah kereta tersebut diuji pandu, ia tidak akan dijual sebagai kereta baru tetapi sebagai kereta terpakai yang susut nilainya.

“Murtadin (orang yang murtad), ateis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dan  libtards (orang berfikiran liberal) kononnya ingin membebaskan wanita tetapi persoalannya, membebaskan wanita daripada apa? Membebaskan wanita daripada keselamatan kepada kebebasan dipandu uji dan susut nilainya? 

"Wanita Islam umpama berlian yang bernilai. Hanya pembeli sahaja yang boleh menyentuhnya, memilikinya dan membelainya. Wanita muslim yang murtad, libtards umpama kereta pandu uji yang boleh dipandu uji dan susut nilainya,” jelasnya.


Manakala netizen turut setuju dan menyokong dengan jawapan yang diberi oleh Ustaz Firdaus Wong.

“Hijab adalah satu anugerah buat wanita bagi menjaga maruah. Terpengaruh dengan budaya Barat sampai hilang nilai maruah. Kenapa dengki sangat dengan Nabi Muhammad. Tak pernah Nabi Muhammad pun kacau orang,” tulis salah seorang netizen.


Malah, ramai juga yang berterima kasih kepada Ustaz Firdaus kerana telah menjawab tuduhan itu dengan sopan dan jelas.

“Alhamdulillah, saya suka jawapan ini. Terima kasih,” tulis netizen.


Dalam kita menuding pada orang lain yang suka menghina dan mencampuri urusan agama Islam, kita juga jangan lupa untuk memperbaiki diri dan menunjukkan tauladan yang baik.

Jangan dek kerana perbuatan dan kelakuan kita, orang bukan Islam beranggapan buruk terhadap agama Islam. : KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested