Insan & Komuniti 28 Sep, 2020

Tunku Azizah temankan suami! Sempat siapkan hasil mengaitnya

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MELIHAT hasil mengait penyambung penutup muka dan alas dulang membuatkan ramai yang kagum, apa tidaknya hasil karya kreatif Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak pernah mengecewakan. Bagilah apa jenis sekalipun kerja mengait baginda sangat menawan. : KitaReporters

@airtangan_tunkuazizah : sambil menjaga suami di hospital 


Semalam baginda berkongsi beberapa hasil kerja tangan krusye (crochet) yang berjaya disiap dan beberapa lagi dalam proses menyiapkan sepanjang menemani suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di hospital.

Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya, @airtangan _tunkuazizah kemahiran yang ditunjukkan itu mendapat pujian ramai pengguna laman sosial yang teruja dengan kebolehan yang dimiliki baginda walaupun dilahirkan sebagai puteri raja itu.





Alahai sejuk mata memandang… rajin betul permata hati rakyat Malaysia ini, walaupun setia di sisi kekasihnya, namun masa terluang tidak dibuang begitu sahaja. Ada sahaja hasilnya…

Inilah permaisuri berjiwa rakyat, pandai segala-galanya!!

@airtangan_tunkuazizah : menjahit alas dulang (pakai renda) untuk istana dan juga mengait alas gelas untuk istana ..... buat sendiri !!! alhamdulillah


Tunku Azizah sememang seorang yang mahir mengait malah tidak lokek berkongsi kemahiran yang dimiliki bersama rakyatnya.

Bukan sahaja mahir dalam bidang mengait baginda juga tidak kekok beraksi di dapur, walaupun menjadi Raja Permaisuri ketika ini namun tidak membataskan aktiviti yang digemarinya.

Beberapa hari lalu, baginda turut berkongsi hasil kerja mengait yang dilakukan termasuklah alas dulang dan alas gelas yang akan digunakan di Istana Negara.

Malah lebih istimewa sebelum ini, baginda menyiapkan sendiri selimut hasil kerja mengait untuk dikurniakan kepada cucunya, Tengku Sulaiman Abdullah Shah.

@airtangan_tunkuazizah : alhamdulillah ... siap sudah selimut utk Cucu Sulaiman @suraiya.moiz


Hasil tangan baginda yang begitu teliti dengan pemilihan warna yang cantik serta menggunakan warna-warna pastel membuatkan netizen kagum.

Patik kagum dengan kebolehan Tunku! : KitaReporters

6
1
1
0
0
You will be interested