Kisah Insan 06 Oct, 2021

Jom ke Grocer Mat! Barangan basah, makanan laut segar pada harga rendah! Sasar 2,000 cawangan!

@rahana md
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Grocer Mat yang menjual barangan basah dan makanan laut pada harga rendah membuka cawangan pertamanya di Lorong Perusahaan Prima, Taman Sri Gombak, Selangor pada 29 September 2021.


NEGARA kini beralih ke fasa endemik Covid-19 dan sedikit demi sedikit sektor ekonomi negara kembali rancak termasuk penglibatan pelaburan golongan usahawan membuka perniagaan barangan kegunaan harian.

Bukan sahaja mendatangkan sumber pendapatan kepada taukeh kedai tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Bertempat di Lorong Perusahaan Prima, Sri Gombak Selangor baru-baru ini telah dilancarkan pembukaan Grocer Mat, kedai yang menawarkan kepelbagaian barangan basah dan makanan laut.

Dimiliki Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd, pengasasnya Grocer Mat, Dato' Ahmad Fathiri Fadzlah, 43, berkata, beliau berani membuka perniagaan pada saat ramai yang terkesan dengan penutupan perniagaan kerana barangan basah adalah keperluan utama dan permintaan sentiasa tinggi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Ahmad Fathiri Fadzlah di samping isteri, Freida Jihan Abdul Kadir dan anak mereka di hadapan Grocer Mart pada hari pembukaannya di Sri Gombak, Selangor baru-baru ini.


“Saya lakukan kajian terlebih dahulu apakah perniagaan ini sesuai dengan situasi semasa, persekitaran dan penduduk setempat. Saya mendapat sokongan daripada keluarga termasuk isteri yang banyak memberi idea dan dorongan.

“Hasil pengalaman sebelum ini dalam bidang pendidikan, pelancongan, logistik, perlombongan dan produk saya rangkumkan dan hasilnya saya wujudkan Grocer Mat, kedai menjual keperluan harian terutama makanan laut dan sayur-sayuran,“ katanya selepas merasmikan kedainya di Taman Sri Gombak, Selangor pada 29 September 2021 lalu.

Menekankan tiga elemen penting dalam perniagaan iaiitu patuh syariah, harga rendah dan selesa membeli belah, bekas guru ini yakin Grocer Mat akan menarik masyarakat sekitar mendapatkan bekalan.

Menawarkan lebih 80 jenis sayur-sayuran segar dan lebih 40 jenis makanan laut setiap hari, beliau berpegang kepada nasihat kedua-dua ibu bapa dalam perniagaan bukan keuntungan sahaja yang dicari tetapi biarlah perniagaan yang memberi manfaat kepada ramai pihak supaya menjadi asbab keberkatan.

“Justeru saya berharap pembukaan pertama Grocer Mat di sini (Sri Gombak) akan membuka peluang cawangan lain pada masa hadapan. Penghujung tahun ini, cawangan kedua  akan dibuka di Bandar Sri Putra, Bangi. Saya menyasarkan sebanyak 2,000 Grocer Mat menjelang tahun 2025 di seluruh negara,” katanya.

Ditanya apakah formula yang digunakan untuk menawarkan harga lebih rendah barangan di Grocer Mat jika dibandingkan dengan kedai lain, katanya dengan mengambil langkah pembelian secara pukal daripada pembekal.

“Formulanya, saling mempercayai dan wujudkan persefahaman dengan pembekal. Saya sudah jelaskan perniagaan yang dijalankan untuk jangka masa panjang, berterusan dan akan menambah cawangan.

“Pembekal sedia maklum, bekalan barangan yang dihantar secara ulangan untuk tempoh berpanjangan dengan kuantiti yang banyak akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Jadi jika kami sama-sama mengutamakan volume, harga lebih rendah akan mampu dicapai, “ ujarnya.


Makanan laut segar yang dijual kepada orang ramai di Grocer Mat, Sri Gombak, Selangor.

Di samping itu  katanya, lebih banyak cawangan akan menyediakan peluang pekerjaan lebih banyak kepada penduduk setempat.

“Situasi ini akan membantu orang ramai beroleh pekerjaan dan pendapatan, sekali gus memulihkan ekonomi negara yang merudum akibat pandemik.

“Lebih daripada itu, saya juga menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat memperoleh lesen perniagaan dengan membuka rangkaian Grocer Mat di mana sahaja lokasi yang mereka pilih.

“JIka berminat untuk bangkit bersama kami, sediakan kos penyediaan premis dan ubah suai kedai manakala pihak Grocer Mat akan menyediakan barangan jualan secara pinjaman. Ini bermakna peniaga tersebut tidak perlu risau mengenai bekalan yang dihantar tepat pada masanya.

“Dua golongan pelanggan yang disasarkan iaitu pembeli barangan restoran, peniaga kecil-kecilan dan yang datang untuk tujuan berniaga. Golongan kedua ini boleh menjalankan perniagaan dengan margin tinggi serta barangan segar dan halal.

“Bagi meraikan pelanggan yang lazim membeli makanan laut dengan harga agak tinggi, Grocer Mat akan mengadakan jualan lelong seperti infaq Jumaat atau crazy Sunday yang tawarkan harga lebih murah.

“Ini salah satu cara kekerapan menambah bekalan baharu kerana kesegaran barangan basah hanya mampu bertahan tiga ke empat hari sahaja,” ujarnya.

Sempena pembukaan Grocer Mat pada 29 September 2021 yang lalu, sebanyak 1,000 ekor ayam segar diberikan secara percuma dengan pembelian minimum RM30.00. - KitaReporters


Ahmad Fathiri Fadzlah (tengah) bergambar di samping isteri dan pekerja di Grocer Mat Sri Gombak, Selangor pada hari pembukaanya baru-baru ini.

6
20
0
7
0
You will be interested

Video| Keberanian bawa padah! Pemandu gagal redah laluan dinaiki air! Jengkaut jadi penyelamat!

Seorang pemandu trak pikap yang dilihat sangat berani menyeberangi sebatang sungai di kawasan pedalaman Sarawak walaupun tahu arus deras akhirnya membawa padah

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Enggan beri pinjaman! Majikan parah dipukul pekerja sendiri! Kini bertarung nyawa di hospital!

APABILA manusia terdesak menyebabkan mereka tergamak melakukan apa sahaja, kadan
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 hours ago

Video| Demimu anak! Ayah terjun ke tasik selamatkan anak perempuan! Tindakan spontan dapat pujian!

Tular video perlihat seorang anak kecil terjatuh ke dalam sebuah tasik dan tindakan spontan daripada ayahnya yang terus terjun ke bawah untuk selamatkan anaknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 1 day ago

2 Dekad Cinta Tanpa Sempadan! PERNIM sambut ulang tahun ke-18! Norlina Alawi lancar buku autobio!

Kehadiran bayi yang ditolak keluarga kandung itu buka hati Norlina Alawi untuk tubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)
Rahana MD in Kisah Insan 1 day ago

Video| Keluarga wanita sedih! Lelaki batalkan pertunangan saat akhir! Minta semua barang hantaran!

Seorang wanita di Indragiri Hulu, Riau alami peristiwa tak terduga menjelang hari lamarannya setelah calon suami batalkan pertunangan dan minta kembali hantaran
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago