MAJORITI daripada kita pasti akan ada kawan rapat, tak kiralah ramai mana pun. Setiap dari mereka pasti ada karekter masing-masing. Paling menyeronokkan apabila dapat berkumpul beramai-ramai kerana itu antara detik paling seronok. Masing-masing ada cerita tersendiri. : KitaReporters
Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk mereka hargai persahabatan yang telah lama terjalin itu. Ye lah, bukan mudah nak bentuk dan kekalkan perangai 'masuk air' sesama kawan itu.
Bagi menghargai persahabatan itu, Azri Shaqim bersama rakan-rakannya telah menghadiahkan telefon bimbit jenama Oppo kepada salah seorang dari mereka sempena ulang tahun kelahiran beliau.
Kredit Twitter Azri Shaqim.
Inilah seronoknya persahabatan yang sukar untuk dikatakan.
Bukan mudah rakan-rakan nak hadiahkan telefon ini kerana biasanya kita dapat melihat hadiah berupa telefon ini sering diberi kepada ahli keluarga atau pasangan.
Jika dilihat video yang dikongsi oleh Azri Shaqim dalam Twitternya, rakan-rakannya begitu menghargai dan dapat lihat 'friendship' antara mereka.
Bagi kawan yang terima telefon itu, boleh dilihat air matanya hampir menitis tapi cuba sedaya upaya kawal.
Tak mau air mata jantan jatuh!!!!!! Malu la beb!!!
"Jangan download VPN ya"
Usikan nakal dalam kumpulan itu biasalah.
Sebab masing-masing dah masuk air dan faham perangai kawan-kawan yang lain. Usikan nakal inilah yang akan dikenang satu hari nanti.
Kita jaga kita. Kalau rakan yang lain ada masalah, mereka akan datang membantu. Itulah persahabatan yang sangat mahal.
Jika anda mempunyai persahabatan seperti ini, anda sangat beruntung kerana bukan mudah untuk ada kawan-kawan seperti ini.
Video berdurasi 38 saat itu telah ditonton lebih 340,000 tontonan dan telah diulang ciap (retweet) lebih 15,000. - KitaReporters