Insan & Komuniti 23 Oct, 2021

Celaka punya suami! Guna ular bunuh isteri! Paksa ular tedung patuk! Isteri diberi ubat tidur

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

ULAR tedung reptilia bisa yang boleh membunuh mangsanya hanya beberapa ketika selepas gigitannya. - Kredit foto: Getty Images.


SUNGGUH malang nasib seorang wanita. Dua kali dipatuk oleh ular berbisa. Kali pertama dipatuk ular kapak dia terselamat tetapi terlantar 52 hari di hospital menjalani rawatan dan melalui tiga pembedahan di kaki sebelum dibenarkan keluar untuk menjalani rawatan kendiri di rumah. 

Ketika proses penyembuhan di rumah inilah Uthra, 25, dipatuk pula oleh ular tedung, patukan kedua hanya beberapa minggu selepas patukan pertama. Patukan kali kedua ini membawa maut. 

Lebih menyedihkan ia kerana perbuatan suami, Suraj Kumar, 28, yang sengaja mahu membunuhnya.


Lagi cerita-cerita menakutkan berkaitan ular

SURAJ KUMAR dan Uthra ketika saat bahagia pada hari perkahwinan mereka. - Kredit foto: bbc.com


Memetik laporan BBC News, kejadian berlaku di Kerala, India, pada Mei 2020. Suraj Kumar, 28, ditangkap tidak lama selepas kematian isterinya. Hasil siasatan, dia dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Uthra.   

Minggu lepas (13 Oktober 2021), mahkamah di Kerala mendapati dia bersalah melepaskan ular tedung di dalam bilik ketika isteriya tidur. Dia dijatuhkan dengan hukuman penjara seumur hidup berganda atas kesalahan ‘menyuruh’ ular tedung mematuk isterinya hingga mati.

Sebelumnya pendakwa raya meminta mhkamah mengenakan hukuman mati. Namun penjara seumur hidup berganda adalah hukuman serius dan jarang diputuskan oleh mahkamah India. Selain itu, Suraj diperintah membayar denda 500,000 rupees (RM28,000).

Polis juga berjaya menangkap Suresh Kumar, orang yang menjual ular kepada Suraj dengan harga 7,000 rupees (RM384). 

Di India, jual beli ular tidak dibenarkan. Kerana itu Suraj membelinya secara rahsia daripada Suresh, seorang penangkap ular di selatan Kerala.


DI KATIL sebelah kiri inilah Uthra yang dipatuk ular tedung dilepaskan oleh suaminya, Suraj Kumar, ketika dia sedang tidur. - Kredit foto: Sreedhar Lal/bbc.com


Mengimbau kejadian, kematian Uthra mendatangkan syak kepada keluarganya kerana dia dalam proses penyembuhan selepas patukan ular kapak, kini dipatuk ular tedung pula. Mereka mengsyaki ada perbuatan jahat di sebalik kematiannya. Laporan polis dibuat.

Berikutan aduan ini, ditambah dengan maklumat daripada keluarga Uthra bahawa Suraj sering menganggu mereka berhubung wang hantaran (dowry), polis menahan dan menyoal siasat Suraj.

Siasatan polis mendapati Suraj bukan sahaja bertanggungjawab dalam kejadian isterinya dipatuk ular tedung, tetapi juga bertanggungjawab di atas patukan ular kapak sebelum itu. Jelas pembunuhan ini memang sudah dirancang, mungkin ada kaitan dengan wang hantaran.

Bapa Suraj seorang penarik beca dan ibunya suri rumah. Keluarga Uhtra lebih berada kerana bapaya adalah pedagang getah dan ibunya bekas pengetua sekolah. Sebagai hantaran, Suraj memperoleh emas, kereta dan wang tunai. Dia juga diberi bayaran bulanan menjaga isterinya.

Pada akhir April tahun lepas, selepas membeli ular tedung daripada Sureh, Suraj memasukkan ular itu ke dalam bekas plastik berlubang agar udara boleh masuk, dan membawanya balik ke rumah.


Bekas yang digunakan untuk menyimpan ular tedung. - Kredit foto: BBC.com


Dua minggu kemudian dia pergi ke rumah mertuanya yang jaraknya 44 kilometer di mana isterinya berada ketika itu. Bekas plastik yang mengandungi ular tedung itu dimasukkan ke dalam beg dan dibawa bersama. 

Pada malam 6 Mei 2021, Suraj memberikan segelas air buah yang dicampur ubat tidur. Apabila Uthra tidak sedar akibat kesan ubat itu, Suraj melepaskan ular tedung sepanjang lima kaki itu ke atas badan isterinya.

Ular itu tidak mematuk Uthra tetapi melarikan diri. Suraj menangkapnya dan melemparkan semula ke atas Uthra tetapi sekali lagi ular itu lari. Akhirnya Suraj menangkap ular itu, memegang kepalanya dan menekan kepala haiwan berbisa itu di lengan kiri Uthra. Kali ini ular yang sudah berang itu menggigit Uthra dua kali.

Suraj kemudian membersihkan kesan minuman dan memadam rekod telefonnya untuk membuang bahan bukti.

Pagi esoknya emak Uthra, Manimekhala Vijayan, masuk ke bilik dan melihat mulut anaknya ternganga dengan sebelah tangannya tergayut di birai katil. Suraj yang berada dalam bilik memberitahu kononnya isterinya tidur. Uthra dikejarkan ke hospital. Bedah siasat menunjukkan kesan gigitan ular serta bisa ular dan ubat tidur dalam tubuhnya.

Hasil siasatan, Suraj ditangkap pada 24 Mei 2020. Selepas proses siasatan selama hampir tiga bulan, Suraj dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian isteri. 

Minggu lepas dia menerima hukuman atas kekejaman terhadap isterinya. - KitaReporters


 

Rumah di mana Suraj Kumar menggunakan ular tedung untuk membunuh isterinya, Uthra di daerah Kollam. - Kredit foto: BBC.com

7
16
0
5
0
You will be interested