Insan & Komuniti 09 Sep, 2019

WANITA SEBAGAI EJEN TAMBAH NILAI BARANGAN KRAF

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
WANITA pelbagai peringkat merupakan ejen perubahan ke arah nilai tambah suatu barangan kraf dalam usaha menjadikannya sentiasa diberi perhatian  serta mendapat sambutan ramai.

PARA peserta Bengkel Kraf Menghias Tudung Saji (Kraf Decoupage) di Taman Seri Indah, Lestari Perdana, Selangor baru-baru ini. 


Sebahagian produk hasil daripada bengkel-bengkel anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Zon Seri Serdang.


Untuk tujuan itu mereka perlu berusaha mencari jalan bagaimana cara untuk menjadikan barangan kraf lebih-lebih lagi dalam kategori tradisonal dapat diberikan nafas baru melalui nilai tambah bagi memberi persepsi lebih baik dan menarik.

Dalam konteks ini, kaum wanita suatu komuniti perlu diberikan pendedahan serta tunjuk ajar berbagai ilmu mengenai kraf dengan pembimbing atau guru berpengalaman dalam bidang berkaitan. 

Dengan cara ini, usaha memperbaiki mutu barangan kraf mampu diwujudkan secara berkesan.

Melalui aktiviti penyebaran ilmu ini, wanita boleh menjadikannya sumber pendapatan ekonomi keluarga selain mencetuskannya sebagai barangan hiasan atau cenderahati.

Pusat Wanita Berdaya (PWB) Zon Seri Serdang yang melihat secara positif isu ini telah mengambil inisiatif menganjurkan beberapa program dan bengkel-bengkel latihan kepada komuniti setempat yang tujuannya bagi menyebarluaskan ilmu-ilmu berkaitan kraf secara praktikal dan berkesan.

Sehingga ini sekurang-kurangnya 11 program yang melibatkan sejumlah 500 peserta termasuk bengkel-bengkel kraf telah diadakan disekitar Zon Seri Serdang yang melibatkan kawasan Puchong, Lestari Perdana, Bandar Putra Permai dan Serdang.

Penyelaras PWB Zon Seri Serdang, Mazni Said yang ditemui pada Sabtu (9/9/2019) lalu di Taman Seri Indah, Lestari Perdana berkata ,bengkel termasuk bidang kraf yang memberi ruang kepada peserta  (wanita) menimba ilmu bidang yang diminati terutama kraf akan diteruskan.

Langkah ini diambil kerana katanya, selain boleh dijadikan sebagai hobi, bidang kraf juga mampu menjadi sumber ekonomi keluarga.

Bengkel dan program yang dijalankan oleh PWB Seri Serdang dengan kerjasama Kerajaan Selangor dan Smart Selangor dirancang untuk diteruskan dalam usaha  memberi peluang kepada komuniti setempat menimba ilmu secara praktikal dalam tempuh singkat.

Antara program yang dijayakan termasuklah bengkel Shawl Batik Shibori, Crochet Sarung Botol Air, Kelas Keusahawanan Nasi Beriani Ayam Palembang, Kelas Aneka Kek, Program Inspirasi Jana Pendapatan dan Hiasan, Program Kebun Dalam Bandar, Skim Kesihatan Wanita, Program Mencegah Kancer Payu Dara, Program Masih Ada Yang Sayang dan lain-lain.

Kata Mazni, beberapa program bakal diadakan oleh PWB dalam masa terdekat antaranya Kursus Business Online di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) Bangi, Program Kesihatan Rahim Wanita di Perkampungan Orang Asli, Air Hitam, Puchong dan Program Kesihatan, Kebajikan dan Wanita (3W).

Wanita produktif dan berdaya maju sentiasa menimba ilmu melalui bengkel dan program anjuran Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) Zon Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.


Sementara itu, PWB dengan kerjasama Kumpulan Wanita Taman Seri Indah, Lestari Perdana untuk kali kedua menganjurkan Bengkel Kraf Menghias Tudung Saji (Kraf Decoupage) dengan dihadiri 40 orang peserta terdiri daripada suri rumah dan wanita.

Bengkel  yang diadakan antara jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu didedahkan dengan ilmu kraf tampalan menghias tudung saji oleh pembimbing berpengalaman Aien Zakaria.

Para peserta terlibat nyata teruja dengan bengkel yang dijalankan secara praktikal walaupun terpaksa membawa sendiri peralatan.

Mereka menyatakan rasa puas hati cara penyampaian yang diberikan tenaga pengajar dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Untuk kali ini seorang peserta tunggal bukan Melayu, Fanny yang minat dlam bidang kraf turut menyertai bengkel.

Maznah Hamidin, bekas petugas di Mardi, Serdang yang meminati bidang kraf menyertai bengkel ini untuk menambah ilmu terutama yang terkini bagi membolehkan beliau menjadikannya sebagai sumber ekonomi.

Beliau gembira dapat bersama belajar melalui  guru berpengalaman, sekalipun usia telah meningkat.

Peserta bengkel tekun melakukan kerja masing-masing.


Peserta Bengkel Kraf Tampalan Tudung Saji anjuran Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) dengan kerjasama KUmpulan Wanita Taman Seri Indah , Lestari Perdana, Seri kembangan penuh minat melakukan kerja-kerja tampalan.


Maznah Hamidin ( tudung gelap ) diberi tunjuk ajar mengenai tampalan yang baik dan kemas oleh Aien Zakaria.


Sekalipun terpaksa bersila, Yati ( tengah ) dengan rakannya perlu menyiapkan tugasan yang diberi. 


Peserta tunggal bukan Melayu (tengah), Fanny bersama rakan menunjukkan hasil kerja yang disiapkan.


Maznah Kasim (baju hijau) bersama rakannya Norhayati Nasri  (tudung hitam) bersama guru Bengkel Tampalan Tudung Saji (Kraf Decoupage) Aien Zakaria di Taman Seri Indah, Lestari Perdana. 


Hasil kerja Bengkel Tampalan Tudung Saji anjuran Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) Seri Serdang, Selangor.

5
0
0
0
0
You will be interested