Insan & Komuniti 28 Feb, 2020

COVID-19: ANGKA DIJANGKITI BERTAMBAH DI IRAN

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
HAMPIR dua bulan penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 ‘menggegarkan’ China dan beberapa negara di dunia lain seperti Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Terbaru, seorang pegawai lagi kanan kerajaan di Iran disahkan positif COVID-19 sehingga dikuarantinkan. : KitaReporters.com

DR.MASOUMEH EBTEKAR  dikuarantinkan di rumah selepas mengalami simptom ringan COVID-19. - Foto Khaleej Times


Memetik laporan The New York Times, Timbalan Presiden Iran, Dr. Masoumeh Ebtekar pula disahkan positif dan kini dikuarantin di rumah.

Beliau bagaimanapun tidak dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom ringan COVID-19.

Ebtekar memegang portfolio Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, merupakan seorang daripada tujuh pegawai kerajaan yang disahkan positif COVID-19 yang membawa maut itu.

Sehingga kini, Iran mencatat 26 kematian akibat penularan wabak tersebut.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi dan seorang Ahli Parlimen, Mahmoud Sadeghi telah disahkan positif COVID-19.

SEHINGGA  kini Iran mencatat 26 kematian akibat penularan wabak tersebut. 


Iran merekodkan jumlah kes kematian COVID-19 tertinggi di luar China.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 26 orang meninggal dunia dan sebanyak 254 kes disahkan positif COVID-19, termasuk 106 kes baharu.

Iran merekodkan jumlah kes kematian COVID-19 tertinggi di luar China. 


Sementara itu, memetik Astro Awani, China mengumumkan 327 kes jangkitan COVID-19 baharu sehingga Jumaat, 28 Februari 2020.

Suruhanjaya Kesihatan Negara China berkata, jumlah tersebut menurun daripada 433 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Jumlah kes terbaharu tersebut juga merupakan yang terendah sejak 23 Januari 2020 dan menjadikan jumlah keseluruhan di China sebanyak 78,824.

Setakat ini, jumlah kematian yang direkodkan di China ialah 2,788. - KitaReporter.com

Laporan dan statistik terkini boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

2
1
10
0
0
You will be interested