Insan & Komuniti 18 Mar, 2024

Terima kasih Yayasan Ez Prihatin! 50 asnaf terima duit raya! Anjuran Fakulti Pengajian Islam KUIPs!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this

Pelajar KUIPs turut diraikan pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan.

Sebahagian daripada kanak-kanak yang dijemput untuk majlis berbuka puasa dan sumbangan asnaf.

Seramai 50 asnaf dari negeri Perlis menerima duit raya daripada Yayasan Ez Prihatin yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada 15 Mac 2024. 

Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Basir  Awang @ Mohd Ramli dalam ucapan perasmiannya berharap program kerjasama seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan pelajar dan pihak luar malah memberi keuntungan kepada masyarakat setempat terutama dalam bulan Ramadan ini.


Prof Madya Dr Basir Awang @ Mohd Ramli menyampaikan ucapan.


“Saya dimaklumkan bukan sahaja kehadiran Yayasan Ez Prihatin untuk majlis berbuka dan menyantuni asnaf di sini malah program ini berlangsung sejak awal pagi lagi di mana program gotong-royong memasak turut diadakan sebagai persediaan untuk majlis berbuka pada petang ini,” sambung beliau lagi.


Muaz Abdullah berucap pada majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada asnaf.


Muaz Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang hadir.


Pada majlis Ini Ketua Pegawai Eksekutif Ez Prihatin Muaz Abdullah turut menyampaikan ucapan dan sumbangan duit raya kepada 50 asnaf yang dijemput.

Turut hadir Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar Dan Alumni KUIPs, dekan-dekan, pensyarah dan pelajar KUIPs di Kampus Pauh. - KitaReporters/KUIPs


Sebahagian pelajar dan pensyarah yang hadir pada majlis sumbangan kepada asnaf dan majlis berbuka puasa yang dianjurkan di Kampus Pauh. 

15
11
0
18
0
You will be interested