Insan & Komuniti 24 Mar, 2024

Syabas Kuala Terengganu! Antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia! 20 Mac Hari Kebahagiaan Sedunia!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

jambatan Angkat Kuala Terengganu mercu tanda popular di Kual Terengganu


IBU negeri Terengganu, Kuala Terengganu diiktiraf dan tersenarai antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun ini (2024). 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berkongsi kegembiraan berkata ia susulan, kajian yang dilaksanakan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Malaysia).


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Katanya, walau apapun kriteria yang dilihat dalam menentukan pencapaian ini namun beliau amat berharap agar rakyat Terengganu benar-benar merasa bertuah dan sejahtera berada di negeri ini. 

Bandar lain yang turut tersenarai termasuklah Jeli, Jerantut, Cameron Highlands, Lenggong, Bandar Raya Melaka, Petaling Jaya, Port Dickson, Kulai dan Rompin sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 (Plan Malaysia).



“Selamat Hari Kebahagiaan Sedunia buat semua, kita sambut ia dengan rasa syukur kepada Ilahi yang melahirkan rasa tenang dalam diri kita,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebook rasmi miliknya pada 20 Mac 2024

Menteri Bezar menzahirkan kegembiraan itu sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang diraikan setiap tahun pada 20 Mac di seluruh dunia sebagai pengiktirafan kepada hubung kait antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat. 

Di Malaysia, Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan disambut secara rasmi sejak tahun 2015. - KitaReporters


Antara lokasi yang membahagiakan pengunjung

18
14
2
13
0
You will be interested