Insan & Komuniti 08 Sep, 2025

Mowgli Malaysia jadi ikon! Syukur bukti belia desa boleh maju, berdikari! TVET, GiatMara buka peluang!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Muhammad Syukur Khamis, remaja yang pernah digelar “Mowgli Malaysia” kerana keakraban dengan kerbau ternakan keluarganya, kini tampil sebagai ikon belia desa.


 

Imej ikonik Muhammad Syukur Khamis bersama kerbau menjadi simbol kehidupan desa yang penuh nilai.

Tangan yang dahulu membelai kerbau kini ligat memusing spanar dengan simbol transformasi belia desa melalui TVET. - Kredit gambar: FB Syukur


Beliau kini membuktikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang besar kepada anak-anak muda luar bandar jika mahu maju dan mengusahakan perniagaan.

Suatu ketika dahulu, kisahnya tular dengan gelaran “budak kerbau”, namun anak muda berusia 19 tahun ini kini mengusahakan sebuah bengkel motosikal di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Teknologi Motosikal di GiatMARA Kuala Telemong.


Detik manis Syukur meraikan kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang Teknologi Motosikal di GIATMARA Kuala Telemong.

Syukur (dua dari kiri) bersama rakan-rakan GIATMARA yang sentiasa menjadi pendorong dalam perjalanan TVET beliau.

Bengkel berkenaan sebenarnya diasaskan empat tahun lalu oleh abangnya, Muhammad Alias, 34, yang juga tenaga pengajar GIATMARA. Namun, kerana kesibukan tugas sebagai pendidik, pengurusan bengkel diserahkan kepada Syukur.

“Abang minta saya belajar membaiki motosikal dan ambil alih bengkel. Dia tetap datang membantu pada waktu malam, terutama apabila membaiki motosikal berkuasa tinggi,” katanya sambil tersenyum.


Mesra dengan kerbau tetap menjadi identiti, namun Syukor kini melangkah lebih jauh dengan membina kerjaya melalui TVET. - Kredit gambar: FB Syukor.  


Tangan yang suatu ketika dahulu membelai kerbau kini cekap memusing spanar dan membongkar enjin motosikal. Malah, pelanggan dari kampung dan luar kawasan semakin mempercayai kepakaran Syukor.

Anak muda ini turut menyimpan cita-cita besar untuk membangunkan sebuah bengkel moden berteknologi tinggi, setanding pusat servis profesional di bandar.

Perjalanan Syukur menjadi bukti bahawa TVET bukan sekadar pilihan alternatif, tetapi laluan sebenar untuk belia luar bandar membina kerjaya, berdikari dan menjamin masa depan. - KitaReporters



Latihan TVET membuka ruang kepada Syukor menimba ilmu praktikal sebagai asas kerjaya dalam bidang automotif. 

13
15
0
11
0
You will be interested