Program Sambutan Pra-Merdeka 2025 di Kawasan Komuniti Taman Kita, Mergong, Alor Setar berlangsung meriah dengan pelbagai acara pertandingan diadakan setelah penduduk melakukan pembayaran cukai taksiran 70 peratus.
Terima kasih kepada penduduk di Taman Kita Mergong, Alor Setar, Kedah kerana sentiasa memberi komitmen yang baik terhadap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Datuk MBAS, Datuk Abdul Gafar Yahya ketika merasmikan program itu berkata, langkah diambil oleh Ahli Majlis MBAS Zon 7 dengan menganjurkan Program Sambutan Pra-Merdeka 2025, adalah baik sekali.
Menurutnya, penduduk berupaya hidup dalam keadaan aman dan damai, sekiranya terus memberi kerjasama pada MBAS.
"Tahniah kepada komuniti penduduk di kawasan ini kerana terus aktif dan menjadi antara taman perumahan yang membayar cukai taksiran hingga mencapai 70% kepada MBAS," katanya.
Melalui program bertema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni', katanya, ia berjaya melahirkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk.
"MBAS akan sentiasa memberi kerjasama terhadap setiap program ke arah memberi manfaaf kepada komuniti penduduk," kata Gafar lagi.

Tiga orang peserta menunggu tetamu yang hadir pada program tersebut.

Abdul Gafar Yahya (tengah) melawat sebuah rumah penduduk yang menyertai Pertandingan Rumah Berhias Merdeka.
Sementara itu, Ahli Majlis MBAS Zon 7, Noor Azra Md Saleh pula berkata, program diadakan pada 23 Ogos 2025 lalu itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk Taman Kita (PPTK).
"Antara acara diadakan sempena Program Sambutan Pra-Merdeka 2025 kali ini ialah, Pertandingan Rumah Berhias Merdeka, Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka Kanak-kanak, Persembahan Qasidah & Selawat," katanya.
Menurutnya, ramai penduduk menyertai setiap acara disediakan itu tanpa merasa segan dan silu.
Dalam pertandingan kategori Rumah Berhias Merdeka telah dimenangi Norsisah Darus dari Taman Kita, manakala kedua,
Rodziah Husin dari Taman Kita dan ketiga, Rusnita Ahmad dari Taman Wira.
Kategori Pakaian Beragam Merdeka Kanak-Kanak pula dimenangi, Nurhana Imani Mohd Ridhuan dari Taman kita, manakala kedua, Mohd Wafiq Wafri Surihadi dari Taman Wira dan ketiga, Aleeya Sofea Syafawi dari Taman Kita.
"Bukan mudah untuk menganjur acara menjelang kemerdekaan negara, silap langkah berbagai isu timbul tetapi saya berpuas hari kerana acara disusun mulai pukul 8.00 pagi berjalan dengan lancar," kata Noor Azra lagi. - KitaReporters

Abdul Gafar (tengah) menyampai hadiah kepada pemenang, Norsisah Darus setelah menjadi johan pertandingan Rumah Berhiasa Merdeka.
Tags: