Insan & Komuniti 10 Oct, 2024

Bila ABAH bersuara| Bila orang bukan OKU jadi OKU! Sila adakan rasa simpati dan prihatin kepada OKU!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

 

Gambar-gambar sekadar hiasan.


ADAKAH tahap kesedaran sivik dalam kalangan rakyat negara ini terlalu rendah, khususnya bagi yang sihat tanpa kecacatan diri, sehingga sanggup dan sampai hati menyusahkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)?

Secara khususnya penulis ingin menyentuh mengenai sikap mereka yang sihat sejahtera ini menceroboh kemudahan yang dikhaskan untuk OKU, iaitu petak parkir (tempat letak kereta).

Premis seperti hospital atau pusat beli belah serta kawasan rehat dan rawat (RnR) ada menyediakan petak parkir khas untuk OKU. Tujuannya agar mereka tidak tercari-cari tempat meletak kenderaan apabila melakukan sesuatu urusan atau berhenti rehat.

Kerana itu juga parkir OKU ini biasanya disediakan di lokasi berhampiran dengan pintu masuk atau lif bangunan. Juga berhampiran dengan tandas di RnR. Semua ini untuk memudahkan pergerakan OKU.

Bayangkan kecewanya OKU yang hendak meletakkan kenderaan mereka tetapi mendapati tempat parkir khas untuk mereka diambil orang bukan OKU. 

Tidak ada pelekat OKU pada kenderaan tersebut, atau kad OKU diletakkan pada papan pemuka atau ‘dashboard.’ Ini menunjukkan kenderaan digunakan oleh pemandu biasa.

Perbuatan ini mendatangkan masalah kepada OKU yang terpaksa berpusing mencari parkir lain. Belum tentu ada yang kosong. Atau jika ada pun terletak jauh. 

Bukankah ini bertentangan dengan matlamat memberi kemudahan kepada OKU?


Parkir OKU di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lihat kenderaan lain menghalang kenderaan OKU. Perbuatan ini menyusahkan OKU apabila hendak keluar.


Keadaan ini juga berlaku di hospital. Contohnya di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang sering penulis kunjungi. Penulis menyaksikan sendiri kenderaan yang diparkir di petak OKU dihalang oleh kenderaan lain apabila ruang parkir lain penuh.

Pengendali parkir menetapkan pemandu yang menghalang kenderaan dilarang menarik brek tangan agar kereta boleh ditolak apabila kenderaan yang diparkir hendak keluar. Bayangkan sukarnya OKU yang sakit tangan, kaki atau anggota lain hendak menolak kenderaan berat ini.

Dalam keadaan bertongkat dan menahan sakit, berapa sangat kekuatan tenaga mereka menolak kenderaan ke hadapan dan belakang untuk keluar. 

Jika bernasib baik ada orang sihat yang nampak dan membantu. Jika tidak pandai-pandai sendiri.

Sikap tidak bertanggung jawab pemilik kenderaan ini sangat dikesali kerana jelas tidak bersimpati dengan pemandu OKU. Ruang parkir OKU adalah untuk OKU. Kenapa mesti diceroboh dan menyusahkan golongan OKU?

Adakala yang meletak kenderaan di ruang parkir OKU merupakan pemilik kenderaan jenis hebat dan berjenama. Logiknya tentulah pemandunya juga orang yang hebat, berilmu tinggi. Tetapi perlakuan mereka tidak menyerlahkan ciri diri yang sepatutnya.

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini suka meletak kenderaan di ruang parkir OKU kerana mudah, lebih selesa dan berhampiran akses seperti pintu masuk, lif dan sebagainya. 

Tetapi itu kemudahan untuk OKU. Jangan rampas hak mereka!!


Petak parkir ini sepatutnya khusus untuk Orang Kelainan Upaya (OKU). Lihat sendiri motorsikal-motosikal memenuhi petak tersebut.


Selain ‘dirampas’ kereta, petak parkir OKU ini dirampas pula oleh motorsikal. Banyak motorsikal diparkir memenuhi petak sehingga petak tersebut telah bertukar menjadi tempat meletakkan motorsikal pula. Kasihan OKU, sekadar boleh memandang sahaja.

Kepada orang ramai, semailah semangat sivik yang tinggi dan tidak menyalahgunakan kemudahan. Jangan ambil atau halang petak parkir OKU. 

Walaupun jika ruang parkir OKU kosong, jangan letak kenderaan sesuka hati. Pada bila-bila masa akan ada OKU hendak parkir.

Atau anda mungkin seorang OKU yang tidak OKU? - KitaReporters

 

 

14
14
0
15
0
You will be interested