
Aaron Ago Dagang (tiga dari kiri) menyerah model cek Baucar Buku Semarak Membaca kepada seorang wakil Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Sheikh Faisal Sheikh Mansor.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui agensi di bawahnya Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah memperuntuk RM1 juta bagi menyedia Baucar Buku Semarak Membaca untuk meringankan beban rakyat semasa pembelian bahan-bahan ilmiah ke arah merancakkan lagi industri perbukuan negara.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, banyak pihak mendapat manfaat dengan adanya program itu sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada setiap 23 April bertujuan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini.
"Saya amat berharap agar institusi perpustakaan dapat memainkan lebih aktif dan berdasarkan Kajian Profil Membaca 2022/2023, jumlah buku yang dibaca dalam tempoh setahun meningkat kepada 24 naskah berbanding 15 naskah pada tahun 2014," katanya.
Di Malaysia, terdapat 1,076 buah perpustakaan yang dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dari Perlis hingga ke Sabah.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca 2025 Peringkat Kebangsaan berlangsung selama dua hari di Pasar Raya Central Square Sungai Petani baru-baru ini.

Aaron Ago Dagang
'"Melalui program begini, ia mampu menyemarakkan kembali usaha membaca, sejajar dengan hasrat kerajaan Madani untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan"
Tambahnya, pada tahun lepas, melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah melaksanakan sebanyak 48,686 program galakan membaca seperti Program Kembara Ilmu, Program Jom Membaca, Karnival Baca Perdana dan Program Pembudayaan Tulisan Jawi.
Budaya pembacaan asalah asas penting dalam membentuk masyarakat ke arah maju, berilmu dan berakhlak tinggi. Membaca bukan sekadar satu hobi tetapi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat kerana membaca adalah kunci kepada ilmu, kebijaksanaan dan kejayaan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, tambah Aaron Ago Dagang, KPN berterima kasih kepada pihak Shopee kerana bersetuju menjadi rakan e-dagang rasmi bagi menebuskan baucar ketika menjayakan program itu.

Aaron Ago Dagang (tengah) menunjukan tanda bagus selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca 2025 Peringkat Kebangsaan di Sungai Petani pada 22 April 2025.
Terdahulu itu, Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan Zulkafli berkata, mengikut statistik yang diperoleh oleh PNM pada tahun 2024, seramai 9.73 juta peserta merangkumi pelbagai lapisan menyertai program ini dan pada tahun 2025, PNM menyasarkan seramai 10 juta peserta.
'Program diadakan mendapat sambutan dan melalui pembacaan secara berhemah itu, ia terbukti dapat meluaskan minda seseorang sehingga peringkat global," katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Rubi Ubi; dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Shahizan Affandi Zakaria. - KitaReporters
Tags:
#Sungai Petani
#membaca
#Kementerian Perpaduan Negara (KPN)
#baucar
#baucar buku
#budaya membaca
#Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
#Edy Irwan Zulkafli
#Aaron Ago Dagang
#masyarakat berilmu
#Baucar Buku Semarak Membaca
#Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
#Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2025
#23 April
#Kajian Profil Membaca 2022/2023
#Kajian Profil Membaca
#Jom Baca Bersama 10 Minit
#Jom Baca Bersama 10 Minit 2025
#Pasar Raya Central Square