Insan & Komuniti 22 Jun, 2025

Terbaiklah Maizan! Ahli MPP Zon 3 Shah Alam jadi sahabat penduduk! Wakil yang prihatin dan mesra!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


Maizan Abd Majid tekun menggunting rambut suami penulis seorang pesakit strok.


Tidak ramai pemimpin akar umbi yang sanggup turun padang dan menghulurkan khidmat secara sukarela seperti Maizan Abd Majid, Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 Shah Alam. 

Beliau yang cukup mesra dengan masyarakat setempat, memeranjatkan penulis apabila beliau sanggup datang ke rumah untuk menggunting rambut suami saya seorang pesakit strok yang telah menderita sakit strok sejak 8 tahun lalu.

Mulanya saya bertanya dalam group WhatsApp taman perumahan kami di Platinum Seksyen 7 siapa yang boleh bagi saya nombor telefon orang yang gunting rambut sebab suami saya pesakit strok yang tidak boleh berjalan dan perlu gunting rambut berkenaan datang ke rumah. 

Keadaan suami yang tidak boleh berjalan menyebabkan sangat sukar dibawa ke kedai untuk gunting rambut. 

Kebetulan Maizan ada dalam group berkenaan. Maizan dengan pantas membalas WhatsApp berkenaan dan beliau bagi tahu boleh bantu saya menggunting rambut suami saya. 

Memang terharu saya sebab di sebalik kesibukan beliau sebagai ahli MPP Zon 3 Shah Alam, beliau masih boleh luangkan masa datang rumah saya menggunting rambut suami saya.


Selesai gunting rambut. 


Maizan seorang yang rendah diri dan beliau beritahu sebagai orang kampung beliau suka kerja khidmat masyarakat ini. 

Katanya lagi, mengunting rambut warga emas, mengembalikan nostalgia kepada arwah ayahnya kerana dulu beliau sering menggunting rambut arwah ayahnya yang juga seorang pesakit strok. 

Sikap ramah dan baik hati Maizan bukanlah perkara asing dalam komuniti terutama di Seksyen 7, Shah Alam. 

Sebagai ahli MPP, beliau sentiasa hadir untuk membantu, sama ada dalam bentuk sokongan moral, khidmat sosial mahupun bergotong-royong bersama warga setempat. 

Selain memotong rambut, beliau juga prihatin terhadap keperluan warga emas dan pesakit terlantar, memastikan mereka tidak diabaikan. 

Beliau paling cepat memberi respons kepada permasalahan penduduk. Pokok tumbang, sampah tidak diangkat, jalan berlubang, masalah sosial, lampu jalan tak menyala semua ditangani dengan cepat. 


Maizan (tengah) menyertai majlis korban di Seksyen 7, Shah Alam baru baru ini.



Tapi ramai sahaja yang tidak tahu apa sebenarnya tugas MPP ni.  

Sebenarnya Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) berperanan sebagai penghubung antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT), seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Antara tugas utama mereka:

✅ Mengurus dan melaksanakan program-program kemasyarakatan.

✅ Menyelesaikan aduan penduduk mengenai isu setempat — contoh isu longkang, jalan berlubang, lampu jalan rosak.

✅ Menjadi suara penduduk dalam mesyuarat bersama PBT.

✅ Memupuk semangat kejiranan dan melaksanakan aktiviti komuniti seperti gotong-royong, ceramah kesihatan, program keagamaan dan riadah.

✅ Memastikan kesejahteraan dan keharmonian kawasan setempat terpelihara.

Bagi penduduk Zon 3 Shah Alam, kehadiran Maizan bukan sekadar sebagai pemimpin, malah sebagai sahabat dan jiran yang prihatin. 

Dengan peribadi ramah dan sentiasa merendah diri, beliau sering menjadi contoh kepada pemimpin komuniti lain bahawa kerja-kerja sukarela dan keprihatinan tanpa mengira latar belakang adalah kunci untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan kesejahteraan persekitaran 

Pendapat peribadi penulis, sebagai seorang MPP, Maizan Abd Majid menunjukkan bahawa tugas kepimpinan bukan hanya cantik di atas kertas, malah perlu turun padang dan mengenali penduduk secara dekat, bermesra dengan penduduk setempat dan tahu masalah mereka. Ini supaya tiada siapa yang ketinggalan dan semua diberi layanan sama rata. - KitaReporters


Maizan (duduk, kiri sekali) pada majlis Program Kursus Pengawetan Makanan.

26
13
0
20
0
You will be interested