Insan & Komuniti 19 Dec, 2022

Angelina Jolie berundur! 20 tahun berkhidmat dengan UNHCR! Namun sedia bekerjasama secara langsung!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENYERTAI program kemanusiaan dan turun padang bertemu mereka yang dilanda musibah adalah ‘makanan’ bagi aktres jelita, Angelina Jolie. Malah wanita cantik itu langsung tidak menunjukkan rasa geli atau tidak selesa sepanjang turun padang.

Bahkan dia kelihatan semakin teruja apabila dapat bersama-sama merasai dan menyelami mangsa-mangsa pelarian.

Kini selepas 20 tahun bergelumang bersama Suruhan Jaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), akhirnya aktres jelita antarabangsa itu menyatakan penyertaannya dalam dunia kemanusiaan tersebut sudah tiba di kemuncaknya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pelakon Angelina Jolie


Malah, menyatakan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan sebagai wakil khas dalam badan antarabangsa berkenaan.

Keputusan untuk mengundurkan diri dalam penglibatan bersama agensi antarabangsa itu kerana mahu membawa haluan sendiri selepas berjaya melakukan 60 misi di lapangan.

Bagaimanapun aktres jelita berusia 47 tahun itu berkata walaupun tidak lagi berkhidmat bersama namun dia kekal  bersedia untuk bekerjasama secara langsung dengan pelarian di seluruh dunia.



“Saya akan terus melakukan sedaya mungkin pada tahun-tahun akan datang untuk membantu pelarian dan individu yang terjejas,” katanya seperti dipetik oleh laporan Reuters, 17 Disember 2022, lalu.

Katanya selepas 20 tahun bekerja di bawah agensi PBB, tiba masanya untuk dirinya bekerja di luar badan itu.

“Saya akan bekerjasama secara langsung dengan pelarian dan pertubuhan sukarela tempatan serta menyokong advokasi mereka untuk penyelesaian,” katanya lagi.



Jolie  yang mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 mula jatuh cinta dengan kerja-kerja kesukarelawan tersebut dan bertemu mangsa keadaan sebelum dilantik sebagai wakil khas agensi itu pada 2012. 

Pelbagai negara dan individu yang  disantuni sepanjang bergelar wakil khas dan terbaharu pada 21 September 2022 lalu, Jolie membuat kejutan dengan mengunjungi ke Pakistan untuk melihat sendiri keadaan mangsa banjir di negara tersebut.

Dalam kunjungan berkenaan, beliau melahirkan kerisauan selepas melihat sendiri keperitan yang dilalui penduduk Pakistan yang berisiko pelbagai penyakit pascabanjir yang teruk di negara berkenaan.



Bahkan, aktres yang mempunyai enam cahaya mata itu turut berkesempatan mengunjungi Yaman dan Ukraine untuk bertemu dengan penduduk yang terjejas dengan konflik di negara itu.

Sikap keibuan itu terserlah apabila bukan sahaja mendekati pelarian sahaja malah dia juga sanggup terbang ke Rom untuk bertemu mangsa peperangan Ukraine-Rusia pada April 2022 lalu.

Dalam lawatan berkenaan, Jolie menggunakan peluang tersebut untuk berinteraksi serta bertanya khabar kanak-kanak tidak berdosa berkenaan di Hospital Bambia Gesu di Rom, Itali  yang menjadi mangsa keadaan.

Pertemuan dua mata tersebut ternyata memberi kegembiraan berganda kepada mangsa keadaan selain diberikan kata-kata semnagat untuk meneruskan kehidupan.



Ternyata populariti dirnya sebagai selebirit antarabangsa langsung tidak menghalang dirinya untuk turun padang  dan bertemu mereka yang kesakitan dan kesedihan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat, komitmen dan perubahan dibawa oleh Jolie dalam kehidupan pelarian dan mangsa terjejas. 

“Selepas sekian lama bersama UNHCR, saya menghargai keinginannya untuk membawa haluan sendiri dan menyokong keputusannya.

“Saya tahu isu pelarian akan kekal dekat di hatinya dan saya pasti beliau akan terus membawa semangat dan perhatian sama kepada portfolio kemanusiaan yang lebih luas,” katanya.  - KitaReporter


11
12
0
13
0
You will be interested