Insan & Komuniti 05 Nov, 2022

Pencalonan Ismail Sabri membawa aspirasi! Mahu Keluarga Malaysia yang terangkum, bersama, bersyukur!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



PERDANA Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob melangkah masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi kerusi Parlimen Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Bera pada hari ini, Sabtu, 5 November 2022 dengan membawa sekali aspirasi rakyat untuk terus membina sebuah Keluarga Malaysia yang terangkum, bersama dan bersyukur.

Pastinya rakyat berharapkan kemenangan memihak kepada Perdana Menteri agar aspirasi tersebut dapat diteruskan dan diperkukuh lagi bagi mencapai objektif-objektif yang telah digarapkan.

Tentunya juga rakyat berharap pelbagai program dan bantuan yang disediakan di bawah program aspirasi Keluarga Malaysia pun dilanjutkan dan ditambah baik demi kestabilan dan kemakmuran semua rakyat dan negara keseluruhannya.

Ismail Sabri pula yakin rakyat akan terus memberikan sokongan dan undian yang padu kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) bagi dipilih semula menjadi Perdana Menteri untuk kerajaan baharu yang akan dilantik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. - KitaReporters


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Keluarga Malaysia






12
14
0
15
0
You will be interested