Insan & Komuniti 23 Jul, 2024

Video| Baru bertunang, hantaran lumayan! Pakej umrah, iPhone, wang Rp5j! Belum lagi masa berkahwin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Demi cinta yang membara, seorang lelaki sanggup menghabiskan wangnya bagi memiliki gadis pujaan hati.

Satu majlis pertunangan yang sepatutnya menjadi acara sarung cincin di Sulawesi Tengah antara Adjie dan Novi baru-baru ini menjadi bualan para tetangga dan tular dalam media sosial.

Majlis pertunangan ini bagai satu majlis persandingan. Rombongan besar daripada Adjie membawa 50 hantaran pelbagai barangan berharga. Ia seperti majlis perkahwinan.



Menurut perakam video majlis itu, pemilik akaun TikTok bernama @riaistiirena, majlis perkahwinan dirancang pada tahun ini (2024) juga namun tiada masa tepat dinyatakan.

TikTok itu juga tidak menyatakan latar belakang si tunang baik lelaki atau wanita.


Namun warga net dapat menjangka bahawa Adjie adalah daripada golongan berada dan dia sendiri memegang jawatan penting dalam sebuah syarikat.

Novi memakai pakaian serba putih seperti pada majlis pertunangan biasa. Namun Adjie muncul dengan berpakaian biasa.

.


Selain sebahagian barang hantaran dibawa secara terbuka, terdapat juga sejumlah barang hantaran diletak di dalam bekas lutsinar. Jumlah dan jenis barang hantaran dalam majlis pertunangan sedemikian merupakan yang pertama berlaku di kampung itu.

Jika ketika bertunang sudah meriah lagi lumayan, bagaimana pula barang hantaran ketika perkahwinan nanti? - KitaReporters


20
28
0
33
0
You will be interested