Insan & Komuniti 13 May, 2024

Program Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia! Bagi bantu cegah penularan penyakit demam denggi!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Demam denggi merupakan penyakit bawaan vektor yang menjadi salah satu masalah utama melibatkan kesihatan awam dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi. 

Justeru, sebagai langkah proaktif untuk mengekang peningkatan kes dan wabak denggi yang melanda Negeri Sembilan khususnya, Program Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia dilancarkan pada 4 Mei 2024 di Zon A Desa Anggerik, Nilai.

Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang diperkenal ke dalam nyamuk Aedes aegypti yang bertindak untuk merencatkan perkembangan virus denggi dalam badan nyamuk seterusnya menghalang jangkitan virus denggi kepada manusia.



“Bagi membendung penularan penyakit demam denggi, strategi pencegahan utama yang perlu diberi tumpuan adalah mencari dan menghapuskan tempat pembiakan. Kita semua perlu  memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. 

"Penglibatan komuniti amatlah penting kerana peranan penduduk untuk bersama-sama memerangi denggi bermula dari kediaman mereka sendiri," ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan NGO Negeri Sembilan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman semasa merasmikan program pelepasan nyamuk.



Program ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi dan institusi seperti Majlis Bandaraya Seremban, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), SWM Environment Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Communication for Behaviourial Impact (COMBI).

Turut hadir sama ke program ini adalah Dato’ Dr. Harlina Abd Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan; Dr. Noor Khalili Mohd Ali Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban; dan Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Tajuddin, Pengarah Pusat Kesihatan USIM. - KitaReporters/USIM


8
11
0
9
0
You will be interested