Insan & Komuniti 14 Aug, 2022

Video| Besar pahala cikgu ni! Guru jadi pengasuh adik pelajar! Kakak dalam kelas ikuti pelajaran!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


BARU-BARU ini, seorang guru berkongsi video dia menjadi pengasuh kepada adik salah seorang pelajarnya yang akan menduduki SPM ketika dalam kelas kerana tiada penjaga.

Perkongsian trsebut menarik perhatian ramai dan ada yang berasa hiba akan pengorbanan seorang kakak

Video berkenaan juga menunjukkan kesediaan seorang guru sekolah menengah untuk menjadi pengasuh adik kepada pelajarnya semasa dalam kelas supaya anak murid itu dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu-cikgu



Berdasarkan sebuah video yang dikongsi oleh pengguna yang bernama @shukranalmasyur, beliau memaklumkan, pelajar tersebut telah meminta izin daripadanya untuk membawa adik ke sekolah kerana tiada penjaga di rumah

“Pelajar minta izin bawa adik sebab tiada yang jaga di rumah. Kemudian, kakak tidak dapat tumpukan perhatian dalam kelas.

“Akhirnya cikgu sambil mengasuh sambil mengajar. Senyap dan baik sahaja bayi ini. Doakan pelajar saya cemerlang dalam SPM,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata warga maya dalam  media sosial berasa kagum dengan sifat murni guru terbabit serta luahkan rasa bangga terhadap pelajar itu yang menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Besar pahala cikgu. Kita mudahkan urusan orang lain nescaya orang mudahkan urusan kita kelak,” kata @molinmontana.

”Sedihnya, pelajar hebat ini. Tahniah cikgu kerana jadi cikgu yang terbaik. Teruskan berbakti kepada anak bangsa,” ujar @-QisAdz.

“Semoga kakaknya berjaya dunia akhirat dan semoga Allah membalas jaga cikgu,” tulis @aiaii. - KitaReporters

10
12
0
16
1
You will be interested