Insan & Komuniti 10 Aug, 2022

Banjir paling buruk dalam sejarah Kampung Iboi! Doa semoga kejadian tak akan berulang! - Penduduk

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Menyantuni dan bertanya khabar dengan salah seorang mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling pada 6 Ogos 2022.


"SETIAP hari saya berdoa semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi. Cukuplah tiga kali ini," kata Norhashimah Md Dahni

Norhashimah, 61 salah seorang mangsa banjir lumpur kepala air yang beraku Kampung iboi, Baling, Kedah pada 4 Julai 2022 lalu. 
Norhashimah tinggal bersama ibunya, Jariah Salleh, 81; suami; anak dan cucunya di rumah yang telah mereka diami sejak dia masih kanak-kanak. 

Lagi cerita-cerita sedih berkaitan mangsa-mangsa banjir


Norhashimah Md Dahni


Ketika ditemui oleh grup SAHOCA Bikers dan team Telekung Wakaf Siti Aishah pada Sabtu, 6 Ogos 2022 lalu, Norhashimah dan keluarga berada di rumah yang masih berlumpur dan barang-barang yamg rosak berselerak di luar rumah. 

"Inilah keadaan rumah. Belum sempat nak bersihkan semua," katanya. 
Ditanya bagaimana dia dan keluarga menghadapi saat-saat cemas semasa kejadian tersebut, Norhashimah berkata, suasana menjadi kelam kabut kerana semua berlaku sangat pantas

Rumah Norhashimah yang terus dilanda banjir lumpur. Ibunya terpaksa diangkat dari tingkat bawah ke tingkat atas ketika banjir deras memasuki rumah.


"Kami jadi panik sebab mak saya tidak sihat kerana kaki patah dan terseliuh. Bayangkan bagaimama kami bersusah payah mengangkat dan mengheret mak ke tingkat atas rumah kerana tingkat bawah sudah dipenuhi air

"Selesai bawa mak ke atas uruskan cucu-cucu pula.  Anak terpaksa membuka tingkap rumah untuk menarik perhatian orang  datang membantu," kata Norhashimah. 
Menurutnya setelah menunggu beberapa jam bantuan pun tiba dan mak dibawa ke rumah jiran sebelum mereka semua dipindahkan ke pusat perpindahan sementara. 
"Tidak ada yang kami fikirkan masa itu melainkan hendak selamatkan mak kami sekeluarga," tambah Norhashimah.

Sumbangan untuk Norhashimah Md Dahni.


Mengenai bantuan yang diterima Norhashimah berkata, alhamdulillah banyak bantuan yang mereka dapat. 
"Bersyukur kepada Allah, banyak bantuan yang kami dapat. Cuma barang-barang banyak yang rosak. Mungkin mengambil masa untuk diganti," ujar Norhashimah. 
Jelas Norhashimah, memang kawasan tersebut selalu banjir tetapi kejadian terbaharu ini paling buruk dalam sejarah kampung tersebut. 
"Saya membesar di sini dan tentunya banyak kenangan dengan keluarga yang kami nikmati bersama. Semoga ini kejadian  yang terakhir untuk kami," sambungnya. 
Hajat bertemu ibunya, Jariah tidak kesampaian kerana berada di rumah adik Norhashimah. 
Sahabat SAHOCA Bikers dan sukarelawan Telekung Wakaf Siti Aishah menyumbang telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik, bahan-bahan memasak dan sedikit wang tunai hasil sumbangan orang ramai. - KitaReporters 

Sahabat SOHACA Bikers mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling.

15
13
0
15
0
You will be interested