Insan & Komuniti 17 Sep, 2022

Video | Cara terbaik kongsi rezeki! Belanja beberapa kereta di belakang ketika bayar di drive-thru!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


SIKAP pemurah seorang lelaki membayar semua pesanan makanan melalui ‘drive-thru’ (pandu lalu) beberapa kereta yang berada di belakangnya meraih pujian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @qushayry11, kelihatan lelaki itu memesan makanan pada mulanya lalu membayarkan semua makanan yang dipesan oleh pemandu kereta yang berada di belakangnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemudahan pandu lalu


Drive-Thru McDonald, bayarkan kereta di belakang, banyaknya,” ujarnya.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial memuji sifat pemurah lelaki itu  meskipun belanja orang yang tidak dikenali.



“Semoga dimurahkan rezeki bang, buat baik pasti ganjaran Allah lebih baik bang,” kata @Yen.

“Alhamdulillah seronoknya cara kongsi rezeki seperti ini, moga dimurahkan rezeki,” tulis @ZieyMiyaka.

“Inilah dikatakan rezeki tidak pernah salah alamat,” jelas @HasnizaHashim. -  KitaReporters


11
13
0
10
0
You will be interested