Insan & Komuniti 30 Jul, 2021

Terima kasih Kin Fruits! 3 tan sayur percuma! Lebih 1,500 penduduk Labis terjejas dapat manfaat!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Kerja-kerja mengasing dan membungkus sayur-sayuran dilakukan oleh ahli beberapa persatuan belia dan NGO sebelum diagihkan kepada orang ramai.


Sayur yang telah siap dibungkus dipunggah ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Labis, Johor yang terjejas akibat Covid-19.


KIRA-KIRA tiga tan pelbagai jenis sayur diagihkan secara percuma kepada lebih 1,500 penduduk yang terjejas kerana Covid-19 di sekitar Parlimen Labis oleh Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor (PKMNJ) Cawangan Labis pada 29 Julai 2021.

Kesemua sayuran tersebut disumbangkan oleh syarikat pemborong sayuran dan buah-buahan, Kin Fruits & Vegetable Trading yang beroperasi di Yong Peng, Johor kepada pertubuhan tersebut untuk diagihkan kepada golongan sasar yang dikenal pasti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKMNJ

Kesemua sayur yang diterima masih segar dan perlu dibungkus serta diagihkan dengan segera bagi mengelakkannya menjadi layu.


Pengerusi PKMNJ Cawangan Labis, Kamarul Khairi Komeng berkata, keprihatinan pihak pengurusan syarikat tersebut terhadap kesulitan yang dialami golongan yang terjejas akibat Covid-19 bukan sahaja patut dipuji, malah perlu dicontohi badan korparat lain untuk turut sama menyumbang kepada masyarakat.

“Kami difahamkan syarikat tersebut mengalami masalah untuk memasarkan barangan mereka berikutan banyak pasar raya, peniaga pasar serta peruncit yang terpaksa menutup perniagaan mereka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini menyebabkan berlakunya lambakan sayur-sayuran.

“Mereka boleh sahaja memilih untuk membiarkan sayur-sayuran tersebut layu dan membuangnya seperti apa yang pernah berlaku di sebuah negeri sebelum ini di mana beberapa tan sayur-sayuran dibiarkan rosak dan dibuang kerana gagal dipasarkan,” katanya ketika ditemui.


Sebahagian pelbagai jenis sayur yang disumbangkan oleh Kin Fruits & Vegetable Trading untuk diagihkan kepada penduduk terjejas akibat penularan Covid-19 di Labis, Johor.


Kamarul Khairy menunjukkan sebahagian sayur yang disumbangkan oleh Kin Fruits & Vegetable Trading untuk diagihkan secara percuma kepada penduduk di Labis, Johor.


Namun katanya, syarikat tersebut mengambil langkah bijak dan memilih untuk menyumbangkan sayur-sayuran yang berpotensi rosak jika tidak dipasarkan dengan segera kepada orang ramai dan tindakan tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka yang terjejas akibat kehilangan punca pendapatan ketika ini.

Menurutnya, bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan serta melancarkan proses pengagihan pihaknya turut melibatkan kepimpinan setempat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua kampung dan ahli majlis daerah agar sumbangan tersebut sampai kepada golongan sasar tepat pada masanya.

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Pengerusi PKMNJ Cawangan Ayer Hitam

Johor yang turut membantu pihak pengurusan syarikat Kin Fruits & Vegetable Trading mengedarkan sayur-

sayuran tersebut kepada beberapa cawangan PKMNJ lain termasuk PKMNJ Cawangan Labis.


Pelbagai jenis sayur yang masih segar sumbangan syarikat pemborong  kepada Pertubuhan Kebajikan Makmur Johor Cawangan Labis untuk diagihkan kepada penduduk terjejas Covid-19.


Kamarul Khairy (tengah) bersama-sama ahli beberapa pertubuhan sukarela memasukkan sayur yang disumbangkan oleh syarikat pemborong sebelum dipunggah ke dalam lori untuk diagihkan kepada penduduk Labis, Johor.


“Antara penduduk yang mendapat mendapat manfaat pemberian sayur-sayuran percuma tersebut adalah kawasan yang sedang terjejas dan terdapat kes positif Covid-19 seperti  penempatan Ladang Gunung Emas, Tenang Stesen yang telah ditutup oleh pihak pengurusan ladang.

“Selain itu turut diberi keutamaan adalah penduduk beberapa taman perumahan di sekitar Tenang Stesen, Labis  yang terjejas kerana penutupan sepenuhnya aktiviti perniagaan di kawasan tersebut disebabkan terdapat sejumlah penduduk yang dikesan positif Covid-19,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak mungkin mampu melaksanakan kerja-kerja pembungkusan serta pengedaran sayur-sayuran tersebut mengikut jadual tanpa bantuan pelbagai pihak yang sudi menghulurkan bantuan seperti Persatuan Belia Murni Taman Sepakat,Persatuan Belia Mambai Bistari, AJK Masjid Tenang Stesen, JPKK Kampung Contoh dan Ahli Majlis Taman Tenang. - KitaReporters



Golongan wanita turut membantu membungkus sayur yang diterima sebelum diagihkan kepada penduduk.

2
0
0
0
0
You will be interested