Insan & Komuniti 08 Jun, 2021

Pengantin wanita meninggal sakit jantung! Adik ganti kakak berkahwin dengan pengantin lelaki!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Gambar hiasan. - Kredit foto: The Insider


PENIKAHAN yang tidak dijangkakan berlaku di Uttar Pradesh, India pada 27 Mei 2021 lalu, apabila seorang adik sanggup berkahwin dengan pengantin lelaki sebagai mengantikan kakaknya yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika majlis perkahwinan kakaknya sedang berlangsung di rumahnya

Adiknya yang bernama Nisha bersetuju mengambil alih sebagai ganti kakaknya, Surbhi yang mati secara tiba-tiba itu untuk berkahwin dengan pengantin lelaki,  Mangesh Kumar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan


SURBHI bersama pengantin lelaki, Mangesh Kumar sebelum dia jatuh pengsan dan meninggal dunia pada majlis perkahwinan mereka di rumahnya di Uttar Pradesh, India pada 27 Mei 2021. - Kredit foto: Daily Mail 


Daily Mail dipetik melaporkan bahawa sebelum itu segala persiapan kedua-dua pengantin membabitkan Subhi dan Mangesh Kumar itu pada hari tersebut sedang berjalan lancar dengan kehadiran tetamu yang diundang.

Namun ketika pengantin perempuan Surbhi dan pengantin lelaki Mangesh Kumar diraikan oleh tetamu, secara tiba-tiba Surbhi terjatuh pengsan dipercayai diserang sakit jantung.

Berikutan dengan kejadian yang tidak diduga terjadi pada hari yang berbahagia itu, Surbhi dikejarkan ke Pusat Kesihatan yang berdekatan untuk rawatan selanjutnya, tetapi doktor mengesahkan Surbhi sudah meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut tersebut.

Mayat pengantin perempuan itu dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pembakarannya.


NISHA (bulatan) bersetuju mengantikan kakaknya, Surbhi supaya majlis perkahwinan dapat diteruskannya. - Kredit Foto : Daily Mail

Untuk meneruskan majlis perkahwinan yang siap diatur itu dengan kehadiran tetamu yang berpusu-pusu datang pada majlis yang meriah tersebut maka keluarga Mangesh Kumar telah berbincang dengan kedua-dua ibu bapa Surbhi untuk meneruskan perkahwinan tersebut dengan Nisha sebagai ganti kakaknya yang sudah meninggal dunia itu.

Daily Mail melaporkan, apabila kedua-dua ibu bapa pengantin perempuan itu dan Nisha bersetuju, maka majlis perkahwinan berkenaan berlangsung seperti biasa walaupun mayat Surhi masih terbaring di rumah berada di ruangan lain.

Kebanyakan tetamu yang hadir turut mencadangkan Nisha berkahwin dengan Mangesh Kumar supaya segala persiapan majlis itu tidak membazir.


Antara tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan.


Sementara itu, abang Surbhi, Saurabh berkata kejadian itu berlaku agak aneh kerana perkahwinan adiknya diteruskan manakala mayat Surbhi masih berada di ruangan lain.

``Tetapi saya tidak boleh buat apa-apa keputusan kerana ibu bapa saya yang sudah bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan itu dan Nisha juga pun bersetuju menjadi isteri Mangesh.

Menurutnya, seorang anak perempuan mati terbaring di ruangan lain dan seorang lagi anak perempuan sedang dirai dengan meriah pada majlis perkahwinannya di ruangan lain.

``Sememangnya kami merasa bahagia dengan perkahwinan adik saya (Nish itu tetapi dalam masa yang sama kami merasa sedih tentang kematian Surbhi yang tidak diduga pada hari majlis perkahwinannya yang sedang berlangsung,’’ kata Saurabh. - KitaReporters


2
1
0
3
1
You will be interested