Insan & Komuniti 11 Jun, 2020

Penghantaran jemaah haji ditangguh! Jemaah 2020 dihantar 2021

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
JEMAAH haji berjumlah lebih 31,000 orang yang sepatutnya dihantar menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim kali ini, 2020M/1441H ini akan ditangguh keberangatan mereka kepada musim hadapan, 2021M/1442H. Sehubungan itu, jemaah haji tersebut diminta bersabar dan reda dengan keputusan tersebut. : KitaReporters

Semakin banyak negara ASEAN mengumumkan penangguhan penghantaran jemaah haji tahun ini. - Kredit foto: Facebook


Kredit foto: FB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri


Perkara itu telah diumum oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam sidang media khas di Putrajaya petang Khamis, 11 Jun 2020. 

Pengumumannya disiar secara langsung melalui sejumlah stesen  TV dan radio tempatan.

Datuk Dr Zulkifli berkata, keputusan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 9 Jun 2020, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah adalah ditangguhkan.

"Semalam (10 Jun 2020), saya telah menjemput Duta Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia untuk bertemu dan menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadah haji bagi Malaysia untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi," katanya.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri



Malaysia menjadi negara ASEAN terbaharu yang menangguhkan penghantaran Jemaah haji.

Negara ASEAN lain yang sudah mengambil langkah yang sama ialah Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Kemboja dan Thailand.

Penangguhan penghantaran adalah demi keselamatan dan kesihatan jemaah.

Jelas beliau, keputusan itu adalah bersifat menyeluruh termasuk bagi haji Furada kerana mengambil kira situasi semasa iaitu penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang tidak memenuhi syarat istito’ah berikutan masih belum ada vaksin ditemukan.

Dr Zulkifli berkata, keputusan berkenaan tidak menjejaskan giliran bakal jemaah haji yang telah terpilih pada tahun 2020 ini. 

Nama mereka akan disenarai sebagai jemaah haji pada tahun hadapan, 2021.

Namun, bagi jemaah yang diterima telah lulus rayuan, keputusan tersebut dianggap terbatal dan perlu membuat permohonan semula pada tahun 2021.

Beliau menambah, berikutan keputusan tidak menghantar jemaah haji tahun ini, kerajaan akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota tambahan pada tahun hadapan.



Sementara itu, bagi menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah, kapasiti jemaah harus kurang daripada sepetiga kapasiti sesebuah masjid atau surau itu

Misalnya jika kapasiti sebenarnya untuk 1,000 orang, maka dengan norma baru ini, hanya 333 jemaah dibenar berada dalam dewan.




Para jemaah juga perlu mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) seperti mengambil air sembahyang di rumah dan membawa sejadah sendiri, berjarak sekurang-kurang satu meter dan tiada bersalamanan atau mengadakan perhimpunan di masjid atau surau. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested