Insan & Komuniti 20 Apr, 2022

Lemang pulut Mak Su! Intan Man sudah lebih 20 tahun jadi peniaga lemang! Jual lemang raya di Sik!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Lemang yang sudah siap untuk dibakar dan dijual 


Pengusaha lemang bakar terkenal di Sik, Kedah, Intan Man, 59, kini gigih melakukan persiapan menjelang 1 Syawal  1443H untuk tempahan pelanggan.

Intan atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Su mengusahakan perniagaan lemang pulut yang terkenal kerana kesedapan lemangnya ini bersama suami dan anak-anak mereka di Kampung Charok Pelandok, kira-kira 7km dari pekan Sik.

Perniagaan lemang ini telah diusahakan lebih dua puluh tahun dan Mak Su berniaga setiap hari di tepi jalan raya berdekataan rumah mareka yang memang menjadi tumpuan pelanggan yang mengemari lemang pulut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan lemang

Intan Man, 59, dari Kampung Charok Pelanduk membakar lemang menggunakan kayu yang dibeli dari kilang kayu.


Menurut Mak Su, setiap kali menjelang hari raya dia sekeluarga akan memastikan pembekal buluh lemang akan menghantar buluh yang sudah dikerat ke rumahnya lebih seribu batang setiap hari.

Menurut Mak Su, seminggu sebelum raya dia, suami dan anak-anaknya akan memastikan buah kelapa yang sudah siap dikupas disimpan di rumah mereka sekurang-kurangnya 300 biji untuk dimesin dan diperah untuk mendapatkan santan bagi dimasukkan ke dalam buluh semasa lemang mula dibakar pada awal pagi.



Jelasnya lagi, setiap tahun, dua minggu menjelang hari raya puasa dan hari raya korban, dia sudah menerima tempahan daripada pelanggan dari luar daerah atau negeri yang akan balik berhari raya di kampung halaman mareka di daerah Sik.

Walaupun harga buah kelapa dan buluh kini sudah meningkat, namun Mak Su terpaksa membelinya untuk meneruskan perniagaan keluarganya membuat lemang pulut.



Intan sedang mengalih lemang yang dibakar agar tidak menjadi hitam


Mak Su dan suaminya Abu Hassan Man, 62, serta anak-anak mareka kini berjaya membuka empat buah lagi gerai untuk membakar lemang setiap hari berdekatan gerainya yang sudah diusahakan sejak dua puluh tahun lalu.

Tegas Mak Su, lemangnya dijual pada harga RM8, RM10 dan RM12, mengikut saiz buluh.

Bagi penduduk di daerah Sik walaupun bertugas di luar daerah atau negeri, setiap kali balik kampung untuk berhari raya mereka akan menempah lemang dan serunding dari Mak Su sebagai juadah hari raya.

Menurut Mak Su, kayu yang digunakan untuk membakar lemang dibeli dari kilang dalam kadar 30 kilogram dengan harga RM60. - KitaReporters


Longgokan kayu di hadapan sebuah rumah berdekatan rumah Intan Man bagi memastikan tiada berlaku kekurangan bahan bakar untuk membakar Lemang walaupun pada musim hujan. 


9
17
0
12
0
You will be interested