Insan & Komuniti 10 Jan, 2022

Video| Terbaiklah adik Yusra! Umur 7 tahun tebar 60 keping roti canai setiap pagi! Bantu bapa!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Yusra Yusna Ruslin berumur tujuh tahun sedang menebar roti canai di kedai makan bapanya di Kampung Balai Baru, Kangar, Perlis. - Kredit foto: Tiktok @ruslinmeli


MENGKAGUMKAN bagi seorang kanak-kanak perempuan yang masih berumur tujuh tahun tetapi mempunyai kebolehan menebar 50 keping hingga 60 keping roti canai setiap pagi.

Yusra Yusna Ruslin sanggup melupakan seketika alam kanak-kanak seperti rakan-rakannya yang lain untuk membantu kedua-dua ibu bapa yang menjalankan perniagaan kedai makan  di persimpangan jalan Kampung Balai Baru, Kangar, Perlis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan roti canai


Yusra Yusna. - Kredit foto : Tiktok @ruslinmeli


Yusra merasa lebih seronok dapat menolong kedua-dua orang tuanya yang menjalankan perniagaan makanan di kedai tersebut daripada melakukan aktiviti-aktiviti tidak memberi manfaat kepada dirinya.

Bapanya, Ruslin Meli, 45, serta ibunya, Yuwita Shuib, 35, menjalankan perniagaan menjual roti canai, roti sanggul, roti telur, roti sardin, murtabak serta nasi lemak daun pisang  dan kedai berkenaan diberi nama Unita Enterprise.

Memetik laporan Kosmo, Yusra berkata dia tidak merasa malu atau segan dengan rakannya kerana menebar roti canai  di gerai ibu bapanya.

Katanya, dia mula tertarik membuat roti canai selepas setiap hari melihat ibu bapanya membuat roti canai berkenaan. Ibarat, 'mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' dan dalam kes ini, roti canai!


Kredit foto: Tiktok @ruslinmeli



Menurut Yusra, dia kemudiannya mencuba menebar serta belajar untuk membuat roti canai dengan bapanya dan pada peringkat awalnya banyak yang tidak menjadi.

"Saya tidak rasa jemu, hanya selepas beberapa minggu sejak tiga bulan lepas akhirnya saya berjaya membuat roti canai dengan baik.

‘’Sekarang saya rasa berbangga dan rasa seronok kerana berjaya menghasilkan roti canai yang elok untuk dijual kepada pelangan-pelangan yang datang menjamu selera di kedainya.

’Dengan cara ini, saya dapat bantu keluarga kerana daripada duduk rumah sahaja lebih baik datang ke kedai makan ini, dapat juga menolong emak dan bapa saya menebar roti canai,’’ katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. 

Perniagaan kedai makan Ruslin dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi kecuali pada hari Isnin dan Selasa.

Minatnya terhadap perniagaan seumpama itu telah menyebabkan Yusra berhasrat suatu masa nanti, dia akan membuka sebuah restoran dengan menjalankan perniagaan tersebut bersama kedua-dua ibu bapanya. - KitaReporters


Kredit foto : Tiktok @ruslinmeli

10
12
0
14
0
You will be interested