LADY Diana sudah pasti melalui hari-hari bahagia sebagai nenda kepada lima cucu dan dia akan merestui penghijrahan Harry bersama menantunya, Meghan Merkle ke Amerika Syarikat kerana salah satu daripada tiga impian Puteri Diana adalah berpindah ke luar negara, demikian kata iparnya Sarah Ferguson @ Fergie.
Fergie berkata sekiranya Diana masih hidup, dia pasti menjadikan kehidupan cucunya sangat ceria kerana Diana seorang yang kelakar, kreatif dan terlalu penyayang serta mengutamakan kebajikan anak-anak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lady Diana
Sementelah lagi Diana sejak kecil ditinggalkan oleh ibunya yang lari mengikut lelaki lain dan sejak remaja terdidik untuk menguruskan adik beradiknya.
Pengalamannya sebagai tenaga pengajar tadika menjadikan dia sangat dekat dengan kanak-kanak.
Portal AmoMama Nostalgia, menyebut dua impian Diana yang lain ialah memilih berkahwin dengan salah seorang dari dua `kekasih` sama ada Dody al-Fayed anak jutawan bekas pemilik pasar raya Harrod atau Dr Hasnat Khan pakar jantung dari Pakistan yang berkhidmat di London.
Ketiganya untuk menetap di luar negara dan Diana sudah membayangkan dia berulang-alik ke New York dan Britain. Namun cita-citanya gagal.
Dr Hasnat Khan
Faktor yang mungkin menjejaskan usaha Diana kerana anak sulungnya adalah pewaris takhta kerajaan Britain dan Diana dikatakan berhasrat untuk membawa mereka semasa berhijrah itu.
Sarah digelar Duchess of York selepas berkahwin dengan adik Charles, Putera Andrew berkata, jika Diana masih hidup dia juga pasti gembira dengan isteri pilihan dua puteranya, William dan Harry. Malah tidak timbul sama sekali Diana akan mempersoalkan status bangsa, agama dan warna kulit menantu dan cucunya.
Putera sulung, William dengan Kate dan anak-anak. - Kredit foto: FB Putera William
Harry dan Meghan.
"Saya berharap Harry dan Meghan bahagia. Saya tahu Diana mesti bangga dengan anak-anak, isteri mereka dan cucunya," katanya dalam petikan catatan Facebook Princess Diana Spencer of Wales Remembered.
Fergie mengulas dia `tahu` tindakan Harry berpindah ke AS dan Meghan yang dilayan 'kurang mesra' oleh akhbar Britain.
Gelagat cucu Diana.
Diana melahirkan dua putera, Fergie pula dua puteri. Putera William ada tiga anak dan Harry sepasang anak. Manakala anak-anak Fergie, Beatrice dan Eugenie, masing-masing mempunyai seorang anak lelaki.
Mereka sepupu paling rapat kerana Diana dan Fergie adalah sahabat sejak remaja dan mereka melalui proses perkahwinan, kelahiran anak dan perceraian dalam jarak masa yang singkat.
Diana berkahwin dengan Charles pada 1981 dan mereka berpisah pada 15 Julai 1996 dan rasmi pada 28 Ogos 1996. Diana meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di terowong di Paris pada 31 Ogos 1997.
Fergie-Andrew bercerai pada 1996. Sebelum itu, Fergie diperkenalkan kepada Andrew oleh Diana.
Mutakhir ini, Fergie dikatakan sudah `kembali` bersama dengan bekas suaminya dengan memberi sokongan kepada Andrew yang dilontarkan dengan macam-macam tuduhan termasuk meniduri gadis bawah umur.
Fergie, Andrew dan puteri-puterinya. - Gambar mirror.uk.com
Pengalaman menjadi kerabat diraja mendorong Fergie menghasil dan melancarkan novel pertamanya - Her Heart For A Compass dalam rangkaian novel remaja, Mills and Boon mengenai kenakalan puteri diraja yang `memberontak` dalam kisah pada era 1895.
Novel itu dihasilkan untuk penghargaan pada dua puterinya dan gadis jelita yang mempunyai semangat seperti nenda saudara mereka Lady Margaret.
"Mereka hidup berdasarkan rasa hati dan peraturan sendiri. Untuk Beatrice dan Eugenie dengan penuh kasih sayang."
Kredit foto: Women and Home
William dalam AmoMama Nostalgia pula dilaporkan berkata, ibunya seorang yang kelakar dan sudah pasti akan menjadi nenda yang memberi `mimpi ngeri` pada anak-anaknya kerana sifat penyayang yang luar biasa.
Dalam Facebooknya, Putera Willam berkatanya ibunya memberi kebenaran untuk dia dan Harry menjadi `nakal` tetapi jangan sampai tertangkap.
Watak lasak ibunya yang sukakan melalui cabaran, mendidik mereka ada kehidupan lain di luar istana dan memasuki sekolah orang awan adalah proses pendidikan yang menjadikan anak-anaknya sangat tidak bersifat macam `putera raja`
Malah Harry mengakui memiliki sifat suka melakukan kebajikan yang diwarisi daripada ibu dan berharap dapat meneruskan agenda ibunya selepas melepaskan jawatan kerabat bekerja pada tahun lalu (2020).
William berkata,"Saya sangat sedih kehilangan ibu pada hari perkahwinan saya."
Harry pula menyifatkan ibunya mempunyai hati budi yang luhur. Cara ibunya bergelak ketawa mencerminkan dirinya yang sedang berbahagia dengan dikelilingi kasih anak-anak.
Sesuai dengan kata-kata Diana bahawa anak-anak adalah keutamaannya kerana mereka sangat memerlukan kasih sayang, keceriaan dan perhatian
Sementara itu The Telegraph mengumumkan mulai Selasa ini, 31 Ogos 2021, peminat dibenarkan melihat arca mendiang Puteri Wales yang baru dirasmikan pada Julai 2021 lalu.
Masa lawatan dari jam 3 hingga 5 petang. Orang ramai dibenarkan bersiar-siar di Taman Bunga Sunken di Istana Kensington bagi bergambar dan melihat arca seni kerjatangan sempena memperingati 24 tahun kematian Diana. - KitaReporters