Seseorang yang mempunyai ketinggian tubuh badan lazimnya dikaitkan dengan pelbagai jenis kelebihan dan memudahkan urusan kehidupan harian. Namun berbeza bagi seorang lelaki di New Delhi, India, yang dikenali sebagai Dharmendra Pratap Singh. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Guinness World Records:
https://kitareporters.com/search?search=guinness
Dia memiliki ketinggian 2.4 meter hingga menyebabkan dia berdepan pelbagai kesukaran dalam menjalani rutin hidup.
Walaupun menerima pengiktirafan sebagai lelaki tertinggi di India oleh Guinness World Records (GWR), namun ternyata ia tidak banyak membantu beliau dalam kehidupan harian.
Memetik laporan media Gulf News, Dharmendra memiliki kesukaran mencari jodoh kerana ketinggiannya yang tidak menyerupai lelaki lain di India.
Hasrat beliau untuk mendirikan rumah tangga terbantut kerana ditolak atas alasan terlalu tinggi, hingga mengakibatkan beliau berasa sedikit tertekan, apatah lagi kini beliau sudah berusia 45 tahun.
“Ahli keluarga juga ada kenalkan beberapa wanita untuk calon dijadikan isteri, namun selepas melihat ketinggian saya, mereka enggan dan menolak untuk berkahwin dengan saya.
“Ketika usia sebegini saya berasakan sudah tiba masa untuk mencari teman hidup,” katanya seperti laporan Gulf News.
Dharmendra berharap satu hari nanti dia akan dipertemukan jodoh dan berkahwin dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri dan memiliki keluarga sendiri.
Dia juga mengakui walaupun sukar untuk beristeri yang dianggap satu kelemahan, kelebihan fizikal yang dimiliki adalah sumber pendapatan utamanya sehingga hari ini, yang mana orang ramai akan bergambar dengannya dan mereka memberikan wang saku dan hadiah sebagai ganjaran yang dianggap gaji harian. - KitaReporters