Insan & Komuniti 13 Nov, 2020

Dituduh jual bayi! Abby Abadi jawab fitnah! Hanya nak tolong

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PERJUANGAN pelakon Abby Abadi membantu pengambilan anak-anak angkat oleh keluarga angkat sangat merenggut emosi apatah lagi niat murninya itu sering mengundang fitnah terhadap dirinya. Selain itu, dia dan suami juga mengambil tiga anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. : KitaReporters


Tiga anak angkat Abby yang dijaga sejak bayi lagi.


Lagi kisah-kisah berkaitan Abby Abadi:

https://kitareporters.com/search?search=abby+abadi


Namun berbekalkan semangat yang jitu bagi merealisasikan impian-impian ibu bapa yang tidak dikurniakan zuriat sendiri, Abby tetap meneruskan perjuangannya itu.

Selain itu, niatnya tidak mahu melihat kes pembuangan bayi terus meningkat hari demi hari. Sekurang-kurangnya, usaha yang dilakukannya itu membantu ibu-ibu yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi, menyerahkan kepada yang layak dan sudi daripada dibuang tanpa belas kasihan.



Justeru, fitnah dan tohmahan yang datang, sekiranya ada masa dia akan jelaskan dalam media sosial. Terbaharu, Abby menerusi laman Instagramnya membuat penjelasan terhadap satu fitnah mengatakannya menjual bayi.

Menurut Abby, fitnah itu datangnya daripada komen netizen dalam satu ruangan portal. Dia hairan kenapa ada pihak yang dengki dan busuk hati dengan usahanya menyelamatkan bayi-bayi yang tidak berdosa.

“Okay, nak jawab pasal fitnah berkait dengan bayi-bayi yang saya uruskan ini. Saya terbaca ada seorang komen tadi bagi tahu dekat forum.com orang sibuk bersembang dan menokok tambah tentang apa yang saya dan suami sedang usahakan ini. Saya tak minat nk ke sana, jadi saya jawab di sini saja ya.

“Alahai, bosan ke dah takde cerita panas tentang saya? Cerita-cerita tentang bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ni pun nk berburuk sangka ke? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati ya? Seronok ek menyebar fitnah?

Suami Abby banyak membantu dan memberi sokongan.


“Kalau siapa yang mengikuti dari awal, saya bagi tahu saya terlibat buat kerja ni cara tak sengaja. Lepas ambil Daiyan, sikit punya ramai yang nk serahkan bayi pada saya lagi. Macam-macam latar belakang. Saya bincang dengan suami @jaiezzany, kami sepakat, okaylah ambil seorang lagi perempuan. Sebab tu Sy ambil lagi Dayana.

“Selepas Dayana, saya dah tak mahu dah (Darda episod lain). Saya uruskan untuk orang lain sebab bayi-bayi yang saya uruskan itu semua, maknya cari saya untuk dibantu. Saya bantu semampu saya. Kebanyakannya dalam kesusahan, takde duit langsung. Saya dulukan lagi duit saya, RM200, RM300, RM500, RM1,000.

“Yang bersalin pun ada yang pinjam duit saya sampai RM6,000, RM2,000. Janji nak bayar lepas serah bayi dekat mak pak angkat, hilang! Macam-macam lagilah cerita tapi saya tak kongsi sebab sehabis baik tak nak aibkan sesiapa. 



“Susah ke nk percaya ada yang boleh je bantu org lain tanpa mengharapkan apa-apa? Korang ingat semua hati busuk macam korang yang syok bersembang membabi buta dalam forum.com tu?

“Pastu ada yang komen dalam forum tu syarat saya nak ambil takde yang percuma. Aiyooo! Bersalin sendiri pun ada kos. Kos tu untuk mak bayilah. Dah mereka bersalin tu ingat main-main ke? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi.

“Memang ada bil yang tinggi macam tu. Sebab itu saya cari yang mampu. Sejak dari awal saya memang jadi perantara dan duit pun tak lalu kat saya. Saya kenalkan je dan terus mak pak angkat berurusan sendiri. Jadi bilanya saya menjual bayi ni?

“Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah, berat tuduhan tu! Bila nak minta maaf tu? Tak nampak ke saya dengan suami berkerja berniaga macam-macam?

“Ke sana sini sertai event, berniaga dah macam peniaga pasar malam. Bulan-bulan terkejar-kejar nak bayar itu ini. Marah anak-anak supaya berjimat,” tulisnya.


Abby menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.


Bagi mengukuhkan lagi penjelasannya itu, Abby sertakan sekali gambar bil hospital anak angkatnya iaitu Darda. 

Bagi kes Darda, oleh kerana bil hospital terlalu tinggi, ramai yang tidak sanggup mengambilnya. Akhirnya, Abby buat keputusan biarlah dia sahaja yang mengambil Darda sebagai anak angkat.

“Selak untuk tengok contoh bil swasta yang saya bayar untuk ambil Darda. Yahudi sungguhkan? Tapi takpelah sebab bil tinggi semua tak nak, dapat pada saya. Rezeki sungguh sebab bertuah sangat anak ini. Sangat membahagiakan kami, comel, baik dan bijak.

“Ada lagi tuduhan pada saya. Dia tulis dalam forum tu kata bayi saya tak kasi pilih. Ingat ikan ke nak pilih-pilih? Nak bayi biar ikhlas. Terima seadanya. Yang saya uruskan pun untuk beri pada mak ayah angkat, saya pastikan sihat sempurna.


Bil hospital Darda mencecah lebih RM14,000.


“Nak yang begitu begini, putih, hidung mancung, kaki panjang. Kalau beranak sendiri pun takkan dapat ikut kehendak kita kan? Tapi itulah bila kata saya tak kasi tanya apa-apa langsung, menipu sangat. Saya cerita je semua latar belakang mak ayah bayi.

“Sah ke tak sah ke, warganegara ke, bukan warganegara semua saya bagi tahu awal. Cuma orang kita ni sebahagiannya jenis yang banyak cekadak, rasis. Bila kita senang hati nak bantu, dia nk layan kita macam orang suruhan dia pula. Yang tu saya tolak awal-awal.

“Penat tahu menjawab fitnah-fitnah macam ni. Saya sehabis baik tolong semampu saya. Saya beruntung ada suami sejenis yang rajin membantu dan sangat menyokong.

“Cukuplah menfitnah. Saya tak larat nak cerita semua benda. Lepas ni saya tolong dari jauh je ya sebab ramai yang dengki. Mereka nampak saya macam jalan-jalan masa PKPB ni padahal saya berurusan dengan pihak berkuasa juga,” jelasnya.



Begitulah lumrah kehidupan apatah lagi melibatkan ornag yang dikenali seperti Abby. Buat baik salah apatah lagi buat jahat. Ada sahaja yang dengki dan busuk hati. Semoga Abby dan suami tidak serik dan teruskan perjuangan tersebut. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested