Insan & Komuniti 11 Sep, 2021

Pelajar Malaysia di Kaherah selamat jalani pembedahan! Terima sumbangan bantu bayar kos rawatan

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pelajar Malaysia Muhammad Haikal Ahmad Kabir selamat menjalani pembedahan di Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin, Kaherah di Mesir. -  Kredit gambar: Ihsan ISMA Mesir dan Yayasan Maghfirah. 


PELAJAR semester dua Usuluddin Universiti Al-Azhar Kaherah di Mesir, Muhammad Haikal Ahmad Kabir yang mengalami patah pada kedua-dua tangannya akibat kemalangan jalan raya pada 3 September 2021 lalu bersama lima pelajar lain selamat menjalani pembedahan yang menelan belanja sebanyak EGP100,000 (100,000 Pound Mesir) atau RM26,000.

Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, Muhammad Farhi Muhamad Nashid ketika dihubungi berkata, wakil persatuan pelajar Universiti al-Azhar Mesir di Kaherah, Muhammad Mohd Hasan telah menyampaikan sumbangan sebanyak EGP25,000 atau RM7,000 hasil kutipan yang dijalankan oleh Yayasan Maghfirah Mesir dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bagi membantu sebahagian daripada kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh pelajar Malaysia Muhammad Haikal Ahmad Kabir, Zahidah Husna Ahmad Kabir dan Noor Athirah Badrul Hisham.


Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Muhammad Farhi Muhamad Nashid (tiga dari kanan) menerima sumbangan kutipan daripada ISMA yang diwakili Muhammad Mohd Hasan.


Muhammad yang ditemui semasa majlis penyerahan di Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin, Kaherah berkata, ISMA dan Yayasan Maghfirah sentiasa berusaha menjaga kebajikan pelajar di Mesir terutama untuk membantu antara mereka sekiranya menghadapi sebarang masalah kerana masing-masing tinggal berjauhan daripada keluarga.

“Alhamdulilah kami sentiasa bergerak sebagai satu keluarga dan membantu antara satu sama lain ketika melanjutkan pengajian di sini (Mesir),” sambungnya lagi.

Turut hadir semasa majlis penyampaian sumbangan di Hospital Bedayat itu ialah Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail; Pengerusi Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Mesir (Perubatan); dan wakil persatuan mahasiswa.


Turut hadir semasa majlis penyampaian sumbangan di Hospital Bedayat itu ialah Duta Besar Malaysia ke Republik Arab, Mesir Zamani Ismail (tengah). -  Kredit gambar: Ihsan ISMA Mesir dan Yayasan Maghfirah. 


Dalam pada itu Yayasan Maghfirah juga membuka pintu kepada mana-mana mahasiswa yang ingin menyumbang tenaga dalam aktiviti sukarelawan untuk menyertai Skuad Kita Bantu (SKB) yang ditubuhkan oleh mereka.

Manakala sumbangan orang ramai juga diperlukan untuk Pembelian Bangunan Dakwah dan Kebajikan Darul Maghfirah.

Sumbangan itu perlu bagi membantu pembelian bangunan serta tambah baik infrastruktur pengajian seperti perpustakaan, ruang belajar dan ruang aktiviti dakwah dan kebajikan di Mesir.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Yayasan Maghfirah dengan bank 𝗖𝗜𝗠𝗕: 𝟴𝟲𝟬𝟯𝟮𝟮𝟭𝟰𝟮𝟳 (𝗟𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗿𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻 “𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗴𝗵𝗳𝗶𝗿𝗮𝗵") - KitaReporters


Wakil-wakil pelajar bergambar dengan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail (dua dari kanan) di Hospital Bedayat. -  Kredit gambar: Ihsan ISMA Mesir dan Yayasan Maghfirah. 

19
10
0
9
0
You will be interested