Insan & Komuniti 05 Dec, 2021

Video| Nak selamatkan anak, ibu bergelut dengan harimau bintang! Tanpa senjata kecuali kayu api!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Contoh seekor harimau kumbang. - Kredit foto: IndiaTimes


Demi menyelamat anak yang dalam bahaya, seorang ibu tidak menghiraukan keselamatan dirinya dengan menjadi wira dengan bertarung dengan seekor harimau kumbang (leopard) tanpa sebarang senjata.

Keberanian seorang wanita dikenali sebagai Kiran dari Kampung Badi Jhiriya di negeri Madhya Pradesh, India ini menjadi sebutan ramai.

Ketika kejadian, Kiran dari suku kaum Baiga itu sedang duduk mengelilingi unggun api bersama tiga anaknya di luar pondok mereka untuk memanaskan badan.

Dalam sekelip mata, seekor harimau bintang tiba-tiba muncul dan melarikan anak kecil lelakinya bernama Rahul.


Lagi cerita-cerita suspens berkaitan haiwan buas

Kiran yang mampu menyelamatkan anaknya yang dilari seekor harimau kumbang. - Kredit foto: IndiaTimes

Tanpa berfikir panjang, Kiran menyuruh dua lagi anak lelakinya masuk ke dalam pondok, dan dia sendiri memburu haiwan itu yang melarikan anak kecilnya ke hutan.

Kiran tidak mempunyai senjata dan hanya menggunakan sebatang kayu untuk menakut-nakutkan haiwan itu.

Percubaannya berhasil. Harimau bintang itu meninggalkan kanak-kanak itu.

Namun ketika Kiran memeluk Rahul, haiwan itu kembali menyerang. Kiran nekad bergelut dan berjaya membuatkan haiwan itu  lari.

Menurut India.com, kedua-dua beranak itu selamat, namun Rahul mengalami kecederaan luaran.

Kisah ini tular setelah dimuatnaikkan dalam Twiteer akaun @prevaildatruth. - KitaReporters


8
9
0
14
0
You will be interested