Insan & Komuniti 09 Jul, 2022

Terima kasih! Sungai-sungai penuh sampah sarap, kayu balak dah dibersihkan! Keadaan semakin pulih!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Kredit foto-foto: Che Saad Noordin


HAMPIR kesemua penduduk kampung yang dilanda banjir kepala air di kawasan Kupang di Baling, Kedah gembira kerana pihak berkuasa sudah membersihkan sungai-sungai di kampung mereka daripada sampah sarap dan ketulan kayu balak.

Kini sungai di Kampung Iboi dan Kampung Bendang Empang bersih daripada sisa-sisa tunggul balak dan perdu buluh yang dihanyutkan oleh banjir mengejutkan yang berlaku pada 4 Julai 2022 dengan mengorbankan tiga nyawa.

Kelihatan sungai di Kampung Bendang Empang telah dibersihkan daripada sampah sarap dan batang-batang pokok balak yang dihanyutkan banjir. 


Seorang pendudok, Husin Mat, 57, ketika ditemui KitaReporters berkata, keadaan sungai di kampong mereka selepas beberapa hari banjir melanda amat mendukacitakan.
Katanya, sepanjang sungai penuh dengan kayu-kayu balak lama dan baharu serta tunggul balak yang ditebang beberapa tahun lalu yang mencemari sungai.
"Saya bersyukur kerana pihak berkenaan dan pihak sukarelawan yang datang membantu membuat pembersihan.
"Kami penduduk amat bersyukur walaupun ada antara mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah, rumah rosak namun kini sungai yang kami gunakan air selama ini sudah jernih kembali dan tiada lagi sampah sarap," katanya.
Tinjauan KitaReporters di beberapa kampung yang teruk dilanda banjir kini dilihat semakin pulih, banyak rumah yang terbabit banjir sudah dibersihkan oleh ratusan sukarelawan dari pelbagai negeri yang datang untuk membantu. - KitaReporters

Tiada lagi sampah sarap dan ketulan tunggul balak serta pokok-pokok tumbang yang dibawa oleh arus deras banjir. -  Kredit foto-foto: Che Saad Noordin

18
12
0
10
0
You will be interested