MESKIPUN fizikal dan kudratnya tidak sama seperti individu normal lain, itu sama sekali tidak menjadi penghalang kepada wanita orang kurang upaya (OKU) ini untuk turut sama menyumbang bakti dalam mendepani krisis Covid-19. Bak kata pepatah, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', itu gambaran semangat Norfarrah Syahirah Shaari. : KitaReporters
NORFARRAH SYAHIRAH SHAARI
Wanita berusia 32 itu gigih menjahit
pakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) walaupun tanpa kedua-dua belah
tangan.
Berbekalkan
kemahiran menjahit menggunakan kaki, Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti
Teluk Intan (KKTI) itu berjaya menghasilkan lapan pasang PPE yang setiap
satunya disiapkan dalam tempoh sejam.
Norfarrah Syahirah (kanan) menunjukkan proses memotong kain menggunakan kaki.
Menurut Norfarrah Syahirah, PPE yang dijahitnya itu adalah sebahagian daripada 252 PPE yang disumbangkan untuk petugas kesihatan di Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.
Menurut Norfarrah Syahirah, PPE yang dijahitnya itu adalah sebahagian daripada 252 PPE yang disumbangkan untuk petugas kesihatan di Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.
Katanya,
selain dirinya, PPE itu dihasilkan bersama sembilan sukarelawan lain
yang juga kakitangan KKTI dan turut dibantu 25 tukang jahit di sekitar
kolej berkenaan.
"Kami
menggunakan 400 meter kain untuk menghasilkan 252 PPE.
"Kain-kain itu akan dipotong sebelum diagihkan kepada mereka yang terlibat untuk dijahit di rumah masing-masing.
"Bagi
saya sendiri, dengan menggunakan kelebihan kaki, saya berjaya menjahit
lapan PPE.
"Alhamdulillah, saya gembira apabila dapat membekalkan petugas barisan hadapan dengan PPE yang kami hasilkan," katanya yang lahir tanpa kedua-dua belah tangan.
Norfarrah Syahirah (tengah) bersama rakan-rakannya menyiapkan PPE untuk petugas barisan hadapan.
Bercerita
lanjut, Norfarrah Syahirah berkata, walaupun menjahit menggunakan kaki
mungkin dianggap sukar bagi sesetengah orang namun bagi dirinya, ia
bukanlah perkara yang mustahil.
Malah katanya, dia mula menjahit pakaian sendiri sejak lapan tahun lalu.
"Sebenarnya
proses menjahit sama juga seperti orang normal lain.
"Cuma menjahit dengan kaki perlukan lebih kesabaran dan itu kelebihan yang Allah berikan kepada saya.
"Saya
menggunting kain, memasukkan benang ke dalam jarum dan memastikan
lipatan kain tidak berubah semasa proses jahitan semuanya menggunakan
kaki," katanya yang turut mahir memandu kereta. - KitaReporters
Tags: