Insan & Komuniti 06 Dec, 2020

Video| Ebit kayuh beca! Rasai kesusahan jadi penarik beca!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
ORANG ramai yang berada di sebuah kawasan tarikan pelancong di Bandar Raya Melaka terkejut melihat wajah seorang penarik beca sedang membawa seorang penumpang separuh bayaWajahnya seperti seorang tokoh terkenal iaitu Ebit Lew. Tapi betul ke tu pendakwah bebas yang popular tersebut? : KitaReporters 

Ebit Lew membawa beca berwarna-warni di bandaraya Melaka mengejutkan orang ramai.


Lagi kisah-kisah berkaitan Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Timbul tanda tanya adakah pendakwah bebas dan tokoh amal itu sudah berubah kerjaya dan perniagaannya bermasalah. 

Namun akhirnya dugaan orang ramai itu terjawab apabila Ebit berhenti tidak jauh dari situ.


Sebanyak 150 penarik beca menerima sumbangan makan dan duit poket.


Kelihatan puluhan penarik beca sedang berbaris bersama beca-beca masing-masing. Rupa-rupanya Ebit Lew hendak melakukan kerja amal lagi pada pada semalam Sabtu 5 Disember 2020.

Dia mengayuh beca itu hanya hendak merasai cara pengayuh beca bekerja bagi menyarakan diri sendiri dan keluarga. 

Dia kemudian menyerah 150 set barang dapur dan duit poket kepada 150 orang penarik beca kerana para penarik beca itu terkesan sewaktu pandemik Covid-19.

Ada dalam kalangan penarik beca yang masih muda melakukan pekerjaan lain seperti menjadi penghantar makanan, pemandu Grab atau berjualan burger. Cuma golongan yang sudah berusia yang kekal mengayuh beca walaupun pendapatan tidak seberapa. 


Ebit pilu melihat kedudukan ekonomi penarik beca terjejas teruk akibat pandemik Covid-19

Ebit Lew dalam media sosialnya berkata dia terharu melihat kehidupan penarik beca yang cukup terkesan dengan begitu kurangnya pelancong. Ini kerana mereka terlalu mengharapkan pelancong untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. 

Katanya setelah PKP berakhir, dia akan membawa isteri dan anak-anak melancong ke Melaka dan menaiki beca. Dia berharap Covid-19 cepat berakhir dan industri pelancongan cepat dipulihkan.

Ebit Lew sebelum ini pernah melakukan sumbangan kepada pemandu bas dan van sekolah di Shah Alam, Selangor dan memberi air percuma kepada sejumlah penghuni flat di Subang Jaya dan dua kali menyumbangkan makanan kepada binatang-binatang di Zoo Negara. 



Sementara itu, stesen TV berbayar Astro melalui saluran Astro Prima akan menyiarkan satu siri program TV bagi memperlihatkan kerja amal Ebit Lew. Rancangan dinamakan ‘Jejak Ebit Lew’ yang bermula 7 Disember 2020 itu akan memperlihat secara dekat diri Ebit sebagai tokoh amal dan dermawan.

Dalam rancangan itu, Ebit menyatakan hidupnya untuk melakukan kerja amal dan tidak berminat berkecimpung dalam politik.

Kita harap tidak lama lagi atas sumbangan amalnya dia akan diberi anugerah Datuk atau Datuk Seri daripada salah sebuah negeri atau beberapa negeri.

Malah dia juga wajar diberi anugerah pada peringkat pesekutuan. Alangkah bahagianya kalau di Malaysia terdapat sejumlah lagi jutawan yang berhati mulia seperti Ebit Lew. - KitaReporters 



Berikut adalah tulisan penuh Ebit Lew dalam Instagramnya.

“Sebak jer tengok 150 orang abang beca dan pakcik beca di Melaka. Hari ini hadiahkan 150 set barang dapur dan duit poket sedikit untuk semua abang beca. Sedih rasa hati. 

"Musim pkp ini teruk juga mereka. Mereka buat banyak kerja lain juga. Cuma yang pakcik-pakcik mereka tetap bawa beca. Ada yang jual burger, bawa grab dan semualah yang boleh sara diri dan keluarga. Ramai ucap terima kasih. Sudi hadir beri semangat dan doa. Beri sedikit sumbangan untuk mereka. Ya Allah berat yer ujian mereka. 

"Mereka harapkan mereka yang bercuti dari kl dan johor. Dan negeri lain untuk memeriahkan suasana.

"Cantik-cantik beca. Waktu malam dengan lampu, lagu dan bentuk. Hello kitty. Mickey mouse. Spiderman. Nanti saya nak bawa bidadari dan anak saya insyaAllah. Semoga industri perlancongan dapat dipulihkan dan covid19 juga hilang segera insyaAllah.”


0
0
0
0
0
You will be interested