Insan & Komuniti 19 Aug, 2020

Doktor mulia! Buka alat bantuan pernafasan demi pesakit lain

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

LAZIMNYA menjadi tanggungjawab pasukan perubatan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit sepanjang mendapat rawatan di hospital. Perkara sama turut berlaku kepada seorang doktor dari Surat, India yang sanggup memberi bantuan kepada individu lain walaupun dirinya berdepan dengan kesakitan. Kalau dah doktor tetaplah doktor di mana berada tetap memberi bantuan!! KitaReporters

DR. SANKET MEHTA


Lagi cerita-cerita dari doktor:

https://kitareporters.com/search?search=doktor


Baru-baru tular kisah seorang doktor muda, Dr Sanket Mehta, dari Hospital BAPS, Adajan yang sanggup menyelamatkan nyawa seorang warga emas walaupun dirinya sedang berjuang dalam kesakitan. 

Dia yang merupakan pakar anestetik dimasukkan ke wad ICU hospital berkenaan selama 10 hari selepas disahkan positif Covid-19. Namun keadaannya stabil tetapi memerlukan dia menggunakan alat bantuan pernafasan berikutan mengalami oksigen yang lemah.

Ketika menerima rawatan di wad, dia melihat warga emas, Dinesh Purani, yang secara kebetulan berada di sebelah katilnya di dalam wad berkenaan dan memerlukan bantuan pernafasan.

Walaupun dalam keadaan dirinya yang menerima bantuan oksigen, Dr. Mehta langsung tidak mensia-siakan peluangnya untuk menyelamatkan warga emas berusia 71 tahun itu.  

“Pesakit warga emas telah dikejarkan ke ICU dengan keperluan untuk melakukan intubasi. Oleh kerana doktor perlu mengikut prosedur Covid-19 untuk menyarungkan pakaian khas PPE, pengurusan hospital mengambil masa 15-20 minit untuk tiba.

“Ketika itu, Dr. Mehta pantas menanggalkan alat bantuan pernafasan yang digunakan sendiri dan bergegas ke arah pesakit warga emas itu bagi bantu mengintubasi pesakit berkenaan”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospital BAPS Dr. Parshottam Koradia kepada Times Of India.

PASUKAN doktor berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit sepanjang menerima rawatan. Foto REUTERS


Mulianya hati kamu doc.. sanggup perjuangkan nasib sendiri demi pesakit lain!!

Tambah Koradia lagi, Dr. Mehta sanggup menahan kesakitan yang dialami dan berjalan ke arah pesakitnya sebelum menanggalkan alat bantuan sokongan oksigen yang digunakannya untuk pesakit berkenaan.

PASUKAN perubatan memerlukan sedikit masa  untuk menyarungkan pakaian khas ketika berdepan pesakit yang disahkan Covid-19.


Dr. Mehta sebelum ini pernah bertugas di hospital berkenaan sebelum menamatkan khidmatnya kerana membuka klinik sendiri.

Ternyata kesungguhan dan pengorbanan Dr. Mehta yang sanggup berjalan ke arah pesakit walaupun dirinya masih dalam keadaan lemah harus dipuji.

Semoga lebih ramai Dr. Mehta wujud di dunia ini dan sanggup membantu pesakit lain walaupun dirinya dalam kesakitan.

Terima kasih doc! Kerana Berjaya menyelamat nyawa individu lain. - KitaReporters

4
1
0
0
0
You will be interested