Insan & Komuniti 25 Jul, 2020

Terima kasih Ustaz Ebit! Dulu van jenazah kini ambulans pula

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
AKTIVIS masyarakat dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terus melakukan sumbangan untuk masyarakat yang memerlukan. Ketika dia sibuk dengan persiapan pembukaan lapan lagi cawangan pembukaan pasar raya harga murah, Elewsmart, Ebit turut mengambil tahu urusan kerja amal lain. : KitaReporters

Ustaz Ebit menguji sebuah van ambulans pada 24 Julai 2020.


Setelah membeli sebuah van jenazah lebih dua bulan lalu, kini dia membeli sebuah lagi van jenama Toyota yang kini untuk dijadikan ambulans bagi memberi perkhidmatan percuma

Terdapat petugas khusus bagi menguruskan kerja amal ini.

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat ini boleh hubungi talian 011-70787900.

Ustaz Ebit melihat peralatan van ambulans


Perkhidmatan van jenazah dan ambulans ini di letak di bawah Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi (BBB). Pertubuhan ini diasas dan dikendali oleh Ebit Lew.

Van jenazah sudah berkhidmat kira-kira dua bulan lalu, sementara van ambulans mula beroperasi pada Jumaat,  24 Julai 2020.

Ebit melancarnya dengan menguji cuba van ambulans itu di mana pengubahsuaiannya telah dilakukan oleh Imarah Auto.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dalam menjalankan kerja amal turut memberi tempat tinggal untuk kanak-kanak terbiar dan mewujudkan resort iman.

Untuk mencapai tujuannya, sumbangan orang ramai turut diperlukan. 

Sumbangan infak boleh dilakukan dengan menyalur ke akaun bank CIMB No: 8603546376 atas nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. - KitaReporters

Sumbangan infak orang ramai dialu-alukan. - Kredit foto; FB Ebit Lew


@ebitlew : â€œDoakan ya. Syukur ambulans dah siap untuk berkhidmat percuma. Tiada bayaran. Ada petugas sukarelawan dan kru akan bertugas. Cita-cita saya ingin supaya dapat beri sesuatu untuk orang lain. Nasib hidup kita tak sama.

Tugas kita membantu orang yang susah dan memerlukan sedaya upaya kita. Van jenazah baru ini hampir setiap hari ada orang meninggal dunia yang memerlukan dari kl dihantar ke seluruh Malaysia. Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga.

Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah Auto. Terima kasih Abang Mizey sponsor sticker yang cantik.

Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini.

Jika memerlukan khidmat ambulan percuma dan van jenazah percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat.
1
0
0
0
0
You will be interested